Tarikh : 24 Mac 2012
Masa : 8.00-9.00
Kelas : 2 Teratai
Bil Pelajar : 25
orang
Subjek : Sains
Tajuk : Haiwan
Objektif
pembelajaran :
1. Murid dapat memahami
cara haiwan bergerak.
2. murid dapat
menyenaraikan sekurang- kurangnya 5 cara haiwan bergerak.
3. murid boleh membuat
simulasi sekurang- kurangnya 5 cara haiwan bergerak.
4. murid
dapat memahami dan menyatakan kepentingan bergerak kepada haiwan tersebut dan
kepada ekosistem.
Hasil
pembelajaran :
Murid boleh:
1.
Menjelaskan
cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak, terbang, berenang, menjalar,
mengengsot, merayap, berlari dan melompat.
2.
Menjalankan
simulasi cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung terbang, lembu
berjalan, kura-kura merangkak, ular menjalar, siput babi mengengsot, semut
merayap, kuda berlari dan katak melompat.
3.
Menyatakan
kepentingan pergerakan kepada haiwan.
4.
Menjelaskan
pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Pengetahuan asas :
murid pernah melihat haiwan sebelum ini dan mengetahui bahawa haiwan bergerak dengan pelbagai cara.
Kemahiran
saintifik :
1.
Murid
dapat memerhati cara haiwan bergerak.
2.
murid
dapat mengelaskan haiwan mengikut cara mereka bergerak.
3.
murid
dapat meramalkan apa yang akan berlaku jika haiwan tidak bergerak.
Kemahiran
berfikir :
1.
murid
dapat menganalisis cara haiwan bergerak.
2.
Murid
dapat menjana idea bahawa haiwan bergerak dengan pelbagai cara.
3.
Murid
dapat menghubungkaitkan cara haiwan bergerak mengikut kepentingan kepada haiwan
tersebut.
Nilai- nilai
murni dan nilai saintifik
1.
Murid
berasa minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.
2.
Rajin
dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara seperti simulasi
haiwan beegerak.
3.
Bertanggungjawab
ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar.
4.
Menyedari
bahawa Sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam.
5.
Murid
mempunyai sikap berani mencuba dan yakin kepada diri.
6.
Menghargai
keseimbangan alam semula jadi.
Bahan bantu
belajar dan mengajar
1.
Komputer,
dan projektor
2.
Gambar
3.
Microsoft
power point
4.
Lembaran
kerja
1. Namakan
dua jenis haiwan yang boleh berenang.
a. ________________________________
b. ________________________________
2. Namakan
dua jenis haiwan yang boleh terbang
a. ________________________________
b. ________________________________
3. Namakan
dua haiwan yang boleh melompat.
a. ________________________________
b. ________________________________
4. Namakan
dua haiwan yang boleh merangkak.
a. ________________________________
b. ________________________________
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh: 18 April 2012
Masa: 10.30 pagi – 11.30 pagi
Kelas: Tahun 2 Pintar
Bilangan Pelajar: 35 orang
Subjek: Dunia Sains dan Teknologi
Tajuk: Haiwan
Objektif Pembelajaran: Di akhir pembelajaran murid dapat:
1. Menyatakan secara lisan
cara haiwan membiak iaitu
melahirkan anak dan bertelur
2. Mengelaskan haiwan
berdasarkan cara pembiakan
Hasil Pembelajaran: Murid:
1. Mengenalpasti cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak
dan bertelur
2. Mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan
Pengetahuan sedia ada: Murid
mempunyai pengetahuan tentang konsep haiwan
Kemahiran Saintifik: Memerhati
– murid memerhati cara haiwan membiak
Mengelaskan
– murid dapat mengelaskan haiwan berdasarkan cara pembiakan
Merama
– murid dapat meramal cara pembiakan ikan paus
Kemahiran berfikir: Membanding
beza – murid membanding beza cara haiwan membiak samada beranak atau bertelur
Menghasilkan
idea – murid mendapat idea cara haiwan yang berlainan jenis membiak
Sikap saintifik dan nilai murni: Menunjukkan minat dan sikap ingin tahu murid terhadap haiwan
Menunjukkan
nilai kasih saying antara manusia dan haiwan
Sumber P&P: Video
klip, Lembaran kertas
Fasa
|
Kandungan
|
Aktiviti
P&P
|
Catatan
|
|||
Set Induksi
(5 minit)
|
·
Kura-kura membiak dengan bertelur
·
Gajah membiak dengan
melahirkan anak
|
·
Guru menayangkan video
klip kura-kura sedang bertelur dan gajah sedang melahirkan anak
·
Guru bertanya kepada
murid: Apakah yang dilakukan oleh haiwan tersebut?
|
KPS: Memerhati pembiakan haiwan dalam video
Sumber P&P: Video klip (TMK)
Teori Ausabel:
Penyusunan awal dengan menggunakan video sebagai
permulaan yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep penting dalam
keseluruhan pelajaran.
|
|||
Pencetusan idea
(10 minit)
|
·
Lembaran kertas yang
mempunyai pelbagai pergerakan haiwan dan murid dikehendaki untuk mengisi
tempat kosong
·
Soalan yang dikemukakan
bertujuan untuk mengenalpasti sama ada murid mempunyai perspektif yang salah
tentang pembiakan haiwan
|
·
Murid diberikan satu
lembaran kerja
·
Murid diberikan beberapa soalan
·
Contohnya:
·
Haiwan apa yang kamu lihat
dalam video tadi?
·
Bagaimanakah kura-kura
membiak?
·
Bagaimanakah gajah
membiak?
·
Bandingkan cara kura-kura
dan gajah membiak
|
KPS: Meramal – cara pembiakan haiwan dalam lembaran
kertas
Memerhati – haiwan-haiwan yang terdapat didalam video
KB– membanding beza – murid diberikan soalan supaya
membuat perbandingan antara pembiakan kura-kura dan gajah
Sumber P&P: Lembaran kertas, Video klip
|
|||
Penstrukturan semula idea
(30 minit)
|
·
Menunjukkan gambar-gambar
pembiakan haiwan lain seperti ayam, ikan, burung, kucing dan tikus
·
Murid menyatakan cara
pembiakan haiwan
·
Ayam – bertelur
·
Ikan – bertelur
·
Burung – bertelur
·
Kucing – beranak
·
Tikus – beranak
|
·
Murid-murid dibahagikan
kepada 6 kumpulan
·
Setiap kumpulan
dikehendaki untuk memikirkan haiwan-haiwan lain yang membiak secara bertelur
dan beranak dan memainkan peranan bagaimana haiwan tersebut beranak atau
bertelur
·
Cikgu membuat demonstrasi
sekiranya murid-murid berbuat salah
|
KPS: Memerhati – proses pembiakan oleh
haiwan melalui bertelur atau beranak
Mengelaskan – cara pembiakan haiwan
KB: membanding beza – murid membandingkan
pembiakan haiwan yang ditunjukkan oleh rakan mereka
Teori pembelajaran Bruner: menekankan
pembelajaran hasil daripada interaksi murid dengan murid dan interaksi antara
guru dengan murid.
|
|||
Aplikasi
Idea
(10
minit)
|
Mengetahui bahawa pelbagai haiwan membiak dengan cara
pergerakan yang sama
Soalan yang rumit: Haiwan yang sudah pupus seperti
platypus
|
Dalam kumpulan murid-murid dikehendaki berfikir:
·
Apa lagi haiwan yang
membiak secara beranak?
·
Apa lagi haiwan yang
membiak secara bertelur?
Setelah mereka mempunyai pengetahuan
tentang pembiakan haiwan yang asas, guru memberikan soalan yang mencabar
minda murid.
Bagaimanakah haiwan yang sudah pupus
seperti platypus membiak?
|
KPS: Meramal-murid diberikan peluang untuk meramalkan pembiakan
ikan serta katak
Teori Jean Piaget: Asimilasi –
menambah maklumat baru tentang haiwan lain yang membiak secara beranak dan
bertelur
Teori pembelajaran Gagne: sistem pembelajaran
harus bermula daripada yang mudah atau peringkat asas kepada yang rumit.
Pelajar memahami pembiakan haiwan yang asas seperti ayam – bertelur, kucing -
beranak. Selepas itu murid didedahkan dengan pembiakan ikan paus
KB: menghasilkan idea bahawa haiwan
yang tinggal di kawasan yang sama sebagai contoh haiwan yang tinggal di dalam
air tidak semestinya membiak dengan bertelur
Sikap Saintifik: murid mula mempunyai
semangat ingin tahu dengan pembiakan yang sangat jarang berlaku
|
|||
Refleksi
(5
minit)
|
Mempraktiskan balik apa yang dilakukan semasa di
penstrukturan semula idea untuk mengukuhkan kefahaman murid tentang pembiakan
haiwan
|
Guru membimbing murid untuk membuat refleksi tentang
apa yang telah belajar dalam bentuk peta minda.
|
Teori pemprosesan maklumat :
Mempraktiskan sekali lagi simulasi untuk mengukuhkan
ingatan supaya informasi ini dapat memasuki ingatan jangka panjang
Niali murni: sifat saling saying menyayangi anatara
haiwan dan manusia
|
|||
LEMBARAN KERJA B
Rancangan Pengajaran Harian
Tarikh :
24 April 2012
Masa :
11.00 – 12.00 pagi
Kelas :
2 Bestari
Bilangan murid : 32
orang
Subjek :
Sains
Topik :
Terang dan Gelap
Objektif Pembelajaran: Pada
akhir pembelajaran, murid dapat:
Mengetahui
cara penghasilan bayang- bayang.
Hasil Pembelajaran :
Murid :
1) Mengenalpasti
sumber cahaya seperti matahari, lampu, lampu suluh dan api.
2) Membezakan
keadaan terang dan gelap melalui penyiasatan
3) Menerangkan
bagaimana bayang-bayang dihasilkan melalui aktiviti
4) Menaakul
kepentingan cahaya kepada manusia
5) Menjelaskan
pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atu lisan.
Pengetahuan sedia ada :
Murid mengetahui bahawa cahaya
menyebabkan keadaan terang dan
apabila tiada cahaya keadaan menjadi gelap.
Kemahiran saintifik : Memerhati
keadaan yang terang dan gelap, mengelaskan sumber yang dapat mengeluarkan
cahaya atau tidak, menjangka keadaan bilik apabila ditutup dan dibuka lampu,
membuat inferens daripada ujikaji yang dilakukan, melaksanakan eksperimen
dengan berkesan.
Kemahiran berfikir :
Buat persamaan dan perbezaan keadaan terang dan gelap
Sikap saintifik dan nilai murni :
Mempunyai minat dan perasaan ingin tahu tentang konsep terang dan gelap,
meneroka fenomena alam yang biasa dijumpai seperti cuaca dan bayang- bayang.
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) :
Lampu suluh, lampu, api, kertas mahjong, bola, daun, pen.
Fasa / Masa
|
Kandungan
|
Aktiviti P&P / Kemahiran Saintifik
|
Catatan
|
Orientasi (10 min)
|
Sumber yang mengeluarkan cahaya menjadikan
keadaan terang dan sebaliknya.
Konsep penghasilan bayang- bayang ; cahaya
tidak boleh melalui objek legap, maka terhasillah bayang- bayang di belakang
objek tersebut
|
Murid diberikan beberapa jenis objek.
Murid diminta mengelaskan objek- objek
tersebut kepada 2 kelas :
1) Objek
yang mengeluarkan cahaya
2) Objek
yang tidak mengeluarkan cahaya
Guru bertanyakan:
Ø Adakah
mereka pernah melihat bayang- bayang?
Ø Bilakah
bayang- bayang akan muncul?
Ø Bolehkah
kita memegang bayang- bayang?
Murid diterangkan berkaitan konsep
asas bagaimana bayang- bayang terbentuk melalui demostrasi oleh guru.
Pelajar melihat bayang- bayang benda
yang berlainan.
Inferens yang boleh didapati daripada
eksperimen ini ialah bayang- bayang terhasil kerana objek legap menghalangi
cahaya..
|
Objek yang mengeluarkan cahaya seperti
lampu suluh, lampu, api (dengan pengawasan guru).
Menggunakan pembelajaran secara
enkuiri, di mana guru sebagai
pembantu dan pembimbing dalam
menentukan masalah, merancang aktiviti bagi murid melakukan eksperimen dan
penyiasatan.
Menurut teori Bandura, guru perlu menggunakan
kaedah demostrai dengan contoh- contoh yang seusai.
Murid diminta meneka jenis objek daripada
bayang- bayang yang terhasil secara lisan.
|
Pencetusan idea (10 min)
|
Konsep penghasilan bayang- bayang
|
Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan
dan diminta berbincang dalam kumpulan memadankan bayang- bayang kepada nama-
nama benda yang betul.
|
Membimbing pelajar memikirkan masalah
secara kritis dan kreatif (teori Flavell)
|
Penstrukturan semula idea (20 min)
|
Secara amnya, bayang- bayang terbentuk
apabila sesuatu objek legap menghalangi cahaya.
Contoh objek legap :
Bola, pen, daun.
|
Setiap kumpulan diberikan satu objek
dan satu lampu suluh
Pelajar perlu membuat bayang- bayang
objek tersebut menggunakan lampu suluh
Guru dan pelajar berbincang tentang
data yang dikumpul dengan membuat konsep am penghasilan bayang- bayang.
Murid diarah untuk mendefinisikan
penghasilan bayang- bayang secara operasi.
|
Nilai : Jujur dalam merekod data
Menurut teori Bruner, kegiatan belajar
akan berjalan baik dan kreatif jika pelajar dapat menemukan sendiri suatu
aturan atau kesimpulan tertentu.
Guru memberikan pelajar gula- gula sebagai
ganjaran bagi pelajar yang dapat memahami konsep penghasilan bayang- bayang
ini.(teori Bruner).
|
Aplikasi idea (15 min)
|
Objek legap seperti bola dan pen
menghasilkan bayang- bayang apabila mengahalangi cahaya.
|
Dalam kumpulan, murid diminta
mengenalpasti objek legap dan objek bukan legap di sekitar sekolah.
|
Pelajar berbincang dalam kumpulan
|
Refleksi (5 min)
|
Objek legap akan menghasilkan bayang-
bayang apabila mengahalangi cahaya
|
Guru membantu pelajar membuat refleksi
tentang pembelajaran sebentar tadi menggunakan peta konsep
|
Dilakukan secara konseptual.
|
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 29
Mac 2012
Masa : 8.45
pagi – 9.45 pagi
Kelas : Tahun
2 Sigma
Bilangan Murid : 40 orang
Subjek : Sains
Topik : Haiwan
Objektif
Pembelajaran: Pada akhir
pembelajaran, pelajar akan dapat memahami haiwan dan jenis makanan yang dimakan
oleh haiwan.
Hasil
Pembelajaran : Pelajar dapat:
1. Memberi
contoh haiwan dan makanan yang dimakan.
2. Mengelaskan
haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan
sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan.
Pengetahuan Pra-syarat: Pelajar telah mengetahui bahawa makanan
merupakan salah satu keperluan asas
kepada haiwan.
Kemahiran Proses Sains: Memerhati, meramalkan, membuat inferens,
mengeksperimen
Kemahiran Berfikir : Mencirikan, membuat inferens, membuat gambaran mental,
menghubungkaitkan,
meramalkan.
Sikap Saintifik dan : Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.
Nilai Murni
Sumber Pengajaran : Video,
kertas lukisan bersaiz A4, gambar-gambar haiwan
dan Pembelajaran
FASA/MASA
|
KANDUNGAN
|
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN/KEMAHIRAN SAINTIFIK
|
CATATAN
|
Orientation
(10 min)
|
Haiwan memerlukan makanan untuk hidup
|
Guru menayangkan video gabungan yang lucu ;
gabungan video itu mestilah mengandungi video-video mangsa dan pemangsa
seperti kartun Tom and Jerry ,video lembu yang tersedak ketika meragut
rumput, video monyet yang sedang mencari kutu.
Guru bertanya:
1.
Apakah haiwan di dalam video dan apa yang
sedang dilakukan?
Pelajar yang menjawab dengan betul diberikan
pujian dan mereka akan mencuba lagi untuk mendapat pujian daripada guru.
Memerhatikan
.
|
Hierarki 1:
Pembelajaran Isyarat
Hierarki 2 :
Pembelajaran Gerak
Balas
Kemahiran Proses Sains
|
Eliciting Ideas
(10 min)
|
3
pengkelasan makanan bagi haiwan
|
Pelajar diberikan satu keping kertas dan
disuruh melukis satu gambar haiwan yang boleh dilihat di zoo.
Guru menampal 2 contoh gambar bagi haiwan yang memakan haiwan lain, 2 contoh
gambar haiwan yang memakan tumbuhan, dan 2 contoh haiwan yang memakan
kedua-duanya di dalam ruangan yang disediakan pada papan tulis. (Guru belum
memperkenalkan/ menyebut haiwan yang memakan haiwan sahaja/tumbuhan
sahaja/haiwan dan tumbuhan)
Pelajar diminta menampalkan hasil lakaran
ke dalam ruangan yang disediakan itu. Guru membimbing pelajar sambil
bertanya:
·
Kenapa saya kumpulkan gambar-gambar ini?
·
Apakah yang sama dalam gambar ini?
·
Apakah yang berbeza pada gambar ini?
Pelajar menerangkan kenapa lakaran mereka
ditempatkan di dalam ruangan tersebut.
Membuat
inferens
Pembetulan/ pengelasan semula akan dibuat
selepas perbincangan. (Guru membimbing murid mengenalpasti kriteria yang
digunakan untuk pengelasan)
|
Hierarki 3 :
Rantaian
Hierarki 4 :
Penggunaan Bahasa
Kemahiran Proses Sains
|
Restructuring of Ideas
(20 min)
|
Ciri-ciri
haiwan omnivor, karnivor, dan herbivor.
Haiwan
dan makanan yang dimakan mengikut habitat sebenar.
|
Pelajar mula tahu membeza dan mengelaskan
haiwan mengikut makanan yang dimakan mereka.
Guru menerangkan konsep dan ciri-ciri
haiwan yang memakan:
1.
Haiwan sahaja.
2.
Tumbuhan sahaja.
3.
Haiwan dan tumbuhan.
Contohnya : struktur gigi
Guru juga perlu menerangkan persoalan yang
bermain di minda pelajar. Contohnya, kenapa kucing digelar haiwan karnivor
iaitu memakan haiwan sahaja sedangkan kucing peliharaan di rumah mereka ada
yang makan nasi(tumbuhan)?
Guru perlu menerangkan bahawa pengkelasan
makanan terhadap haiwan hanya boleh dibuat dan “valid” sekiranya haiwan
tersebut benar-benar hidup di tempat asal habitatnya.
|
Hierarki 5:
Pembelajaran Perbezaan
Hierarki 6 :
Pembelajaran Konsep
Hierarki 7 :
Pembelajaran Hukum
|
Application of ideas
(15 min)
|
Adaptasi
pelajar kepada haiwan di sekeliling mereka.
|
Guru mengajak pelajar membuat lawatan
sekeliling sekolah dan meminta respons pelajar mengenai haiwan dan jenis
makanan yang dimakan serta kelas makanan haiwan itu.
Pelajar diberikan lembaran kerja untuk
diuji kefahaman mengikut tahap kesukaran
Memerhati
dan Meramalkan
|
Hierarki 8:
Penyelesaian Masalah
Lembaran kerja A
Kemahiran Proses Sains
|
Reflection
(5 min)
|
Guru bertanya:
1.
Adakah anda sudah tahu maksud omnivore,
karnivore dan herbivore?
Guru membimbing apa yang pelajar telah
mempelajari dengan menggunakan peta minda.
|
Lembaran Kerja B
|