Sunday 25 March 2012

RPH Wan, Ewi, So dan Hetty


Rancangan Pengajaran Harian
(Wan Nurathirah binti Wan Omar)
Tarikh : 23 April 2012
Masa : 9.10 – 10.10 pagi
Kelas : 2 Kreatif
Bilangan pelajar : 28 pelajar
Subjek : Sains
Topik : Memahami Pergerakan Haiwan
Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1.    Melihat demontrasi pergerakan haiwan seperti  melompat, berjalan dan bergayut.
2.    Menjelaskan pemerhatian dengan pengurusan grafik.
3.    Menyenaraikan lima haiwan yang bergerak secara bergayut, melompat, berjalan, terbang dan berenang.
Hasil Pembelajaran : Pelajar dapat:
1.    Mengenalpasti pergerakan sebenar haiwan.
2.    Menjelaskan pemerhatian melalui peta konsep.
Pengetahuan sedia ada :
Pelajar tahu beberapa pergerakan asas haiwan.
Kemahiran saintifik :
Memerhati pergerakan haiwan yang ditunjukkan, mentafsir data berdasarkan lembaran kerja yang diberikan
Kemahiran berfikir :
Mencirikan pergerakan haiwan, membandingkan dan membezakan pergerakan haiwan, menjana idea tentang pergerakan haiwan
Sikap saintifik dan nilai murni :
Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekitar terutamanya mengenai pergerakan haiwan.
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) :
Kertas yang tercatat nama-nama haiwan, animasi video pergerakan haiwan
Fasa
Kandungan
Aktiviti P&P / Kemahiran Saintifik
Catatan
Orientasi
(10 minit)
Haiwan bergerak dengan pelbagai kaedah.
Guru menyediakan tayangan video.

Guru bertanyakan:

Mengapa haiwan yang berbeza bergerak dengan pelbagai keadah berbeza?

Guru meminta pelajar menumpukan perhatian.

Tayangan video tersebut memaparkan sebilangan haiwan yang bergerak secara melompat, berjalan, berlari, berenang dan terbang.

Memerhatikan.

Guru meminta pelajar memberikan pendapat tentang apa yang telah ditonton sebentar tadi.

Membuat inferens.

Murid membuat inferens seperti itik boleh berenang kerana mempunyai selaput di kakinya, harimau berjalan keran mempunyai kaki yang kuat dan gagak terbang kerana mempunyai sayap.


Mengaplikasi teori pembelajaran Kontekstual.

















Guru mendedahkan pelajar kepada hubungkait tubuh haiwan dengan cara pergerakan mereka.

(teori pembelajaran kontekstual)
Pencetusan idea
 (10 minit)
Haiwan berbeza bergerak secara berbeza.
Pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan dan diberikan lembaran A yang menyenaraikan pelbagai haiwan.

Memerhatikan dan meramalkan.

Pelajar diminta berbincang dalam kumpulan kaedah haiwan-haiwan tersebut bergerak dan tuliskan jawapan di tempat disediakan.


Penstrukturan semula idea.
(20 minit)
Secara amnya, haiwan bergerak secara:
·         Berjalan
·         Melompat
·         Bergayut
·         Berenang
·         Terbang
Guru membawa semua pelajar ke taman sains yang menempatkan pelbagai haiwan.

Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memerhatikan haiwan yang diternak di taman sains.

Pemerhatian mereka dicatatkan pada Lembaran A.

Memerhatikan dan mengelas.

Guru dan pelajar berbincang penemuan mereka diikuti dengan membuat konsep am pergerakan haiwan.

Mendefinisikan secara operasi.

Murid menjawab soalan pada Lembaran B.

Guru memberi pengalaman kepada pelajar untuk mengalami dan menggunakan deria mereka untuk melihat pergerakan sebenar haiwan.

(teori pembelajaran kontekstual)








Nilai: Jujur dalam merekod data.





Aplikasi idea
(15 minit)

Guru meminta pelajar kembali ke dalam kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk melakonkan cara-cara pergerakan haiwan.

Dalam kumpulan, pelajar diminta menentukan pergerakan yang dilakonkan. Setiap jawapan yang betul diberikan, guru memberi penghargaan.



Pelajar bekerjasama dalam kumpulan.




Peneguhan positif:
Menguatkan tingkah laku dengan memberi ransangan seperti pujian dan ganjaran.
Refleksi
(5 minit)

Guru membantu pelajar membuat refleksi tentang pembelajaran sebentar tadi menggunakan peta konsep.

Peneguhan: Guru membantu pelajar memindahkan maklumat ke dalam bentuk peta konsep.

(teori pembelajaran kontekstual)
fhewwww~~ thx to leave a comment~

No comments:

Post a Comment