Sunday 25 March 2012

RPH Jong, Tasya, Alif dan Ooi


RANCANGAN PENGAJARAN
Tarikh                             : 11 April 2012
Masa                              : 7.45-8.45am
Kelas                              :  tahun 2 Merah
Jumlah pelajar                : 20
Subjek                            : Sains
Topik                               : memahami haiwan memepunyai keperluan asas untuk hidup
Objektif pembelajaran : pada akhir pengajaran, murid-murid akan berupaya mengetahui keperluan asas haiwan merupakan air, udara, dan tempat perlindungan.
Hasil pembelajaran        : murid-murid :
1)   Mengenal pasti keperluan asas kepada  haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan
2)  Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan
3)  Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan
4)  Mengelaskan haiwan dengan mengikut makanan yang dimakan iaitu makanan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan
5)  Mengenal pasti  tempat perlindungan haiwan seperti sarang,reban,lubang,atas pokok, kandang,gua, di dalam air, dalam tanah dan di celah batu atau kayu
6)  Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK,penulisan atau lisan.
Pengetahuan sebelum pengangajaran : murid-murid mengetahui haiwan memerlukan keperluan asas untuk meneruskan hidup.
Kemahiran saintifik       : pemerhatian terhadap keperluan asas, mengklasifikasikan jenis keperluan asas haiwan, meramal impak kekurangan salah satu keperluan asas, ,membuat inferen terhadap impak kekurangan salah satu keperluan asas.
Kemahiran befikir               : perbandingan dan perbezaan, menjana idea.
Nilai                                     : menyemaikan minat dan perasaan ingin tahun terhadap alam persekitaran.
                                              Bersikap jujur dalam ketepatan dan kesahiran data.



Sumber pengajaran dan pembelajaran :
Fasa
/masa
Kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran / skills saintifik
Catatan
Orentasi
(5 minit)
Semua benda hidup memerlukan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan. 
Guru bertanya tentang binatang kesayangan murid-murid :
Apakah binatang kesangan murid-murid ?
Apakah mereka buat setiap hari  dan di mana mereka tinggal ?
Apakah yang berlaku sekirannya tiada bekalan makanan, air,tempat tinggal dan udara ?
Pemerhatian  :
Guru bertanya : Mengapakah haiwan tersebut tidak boleh hidup ?
Murid membuat inferen terhadap persoalan ;
Contoh inferen:
Murid : kucing tidak hidup kerana tiada air dan makanan.

Guru memberitahu keperluan asas haiwan dan kepentingan keperluan asas kepada haiwan.
Teori piaget
Mengumpul  idea
(10 minit)
Keempat-empat keperluan asas haiwan tidak dapat kurang antara satunya.
murid dibagikan kepada 4 kumpulan dan kertas kerja A dan situasi disenaraikan.
Pemerhatian dan ramalan :
Murid-murid dikehendaki membincang secara berkumpulan tentang situasi haiwan yang berdasarkan keperluan asas yang diberi.

Lembaran  A

Penstrukturan Semula idea
(15 minit)
Setiap haiwan mempunyai tempat tinggal dan makanan yang berbeza.
Semua murid diberikan tayangan tentang situasi yang terdapat dalam video dan memastikan ketepatan ramalan mereka.
Keputusan direkod dalam ruang pemerhatian dalam kertas kerja A.
Pengklasifikasi:
Guru dan murid membuat perbincangan tentang aktiviti tadi dan membina konsep bahawa keperluan asas diperlukan oleh haiwan dan membandingkan perbezaan keperluan asas seperti tempat tinggal dan makanan

Teori Gagne
Mengaplikasikan idea
(20)
Keperluan asas haiwan adalah air, udara, tempat perlindungan dan makanan.
Menyediakan gambar haiwan,tempat tinggal,makanan yang berbeza.
Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan, murid dikehendaki menguntingkan gambar-gambar tersebut dan melekatnya mengikut keperluan asas masing-masing dalam satu kertas kosong.
Teori pemprosesan maklumat
Refleksi
(10 minit )
Haiwan memerlukan keperluan asas untuk menruskan kehidupan.
Guru membimbing murid untuk membuat refleksi tentang apa yang telah belajar dalam bentuk peta minda.
Kertas kerja C

Refleksi kendiri :





Lembaran  A
Tandakan (/) untuk haiwan yang boleh hidup dan tandakan (X) untuk haiwan yang tidak akan hidup dengan keperluan asas di bawah.
Keperluan asas
Ramalan (/)(X)
Sebab
Pemerhatian
Air,udara



Udara ,tempat tinggal



Air, udara, makanan



Udara, makanan, tempat tinggal



Udara, makanan, tempat tinggal,air






c) Isikan tempat kosong d bawah dengan perkataan yang sesuai.
a)   keperluan asas haiwan adalah _______,________,_________ dan ____________.
b)   Haiwan memerlukan ________ dan ________ untuk mengekal kesihatan dan tumbesaran.
c)   Haiwan memerlukan ________ untuk melindungi mereka daripada kemalangan, matahari dan hujan.
d)   Haiwan memerlukan ______ untuk  bernafas.
e)   Contoh tempat perlindungan haiwan adalah ______,__________,__________ dan______.
f)    Haiwan akan ________jika kurang salah satu keperluan asasnya.










RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh                          :           15 Jun 2012
Masa                           :           8.45 pagi – 9.45 pagi
Kelas                           :           Tahun 2 Azam
Bilangan Murid            :           30 orang
Subjek                         :           Sains
Topik                           :           Tumbuhan
Objektif Pembelajaran:           Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat memahami keperluan asas tumbuhan
Hasil Pembelajaran    :            Pelajar dapat:
1.    mengenal pasti keperluan asas tumbuhan iaitu air, udara dan cahaya matahari.
2.    menaakul tentang kepentingan air, udara dan cahaya matahari kepada tumbuhan dengan menjalankan penyiasatan.
Pengetahuan Sedia ada:        Pelajar mengetahui pengetahuan tentang konsep pokok
merupakan  benda hidup.
Kemahiran Proses Sains:       Memerhati – Murid memerhati keadaan pokok layu dan segar
Meramalkan – Murid meramalkan keperluan asas tumbuhan
Membuat inferens – Murid membuat inferens terhadap
keadaan pokok layu dan segar serta bagaimana tumbuhan
dapat hidup di kawasan gurun
Mengeksperimen – Murid membuat eksperimen mengkaji
keperluan asas tumbuhan
Kemahiran Berfikir          :       Mencirikan – Murid mencirikan keperluan asas tumbuhan
                                                Membandingkan dan membezakan – Murid membandingkan
keadaan pokok apabila mendapat keperluan asas dan tidak
mendapat keperluan asas
                                                Menghubungkaitkan – Murid menghubungkaitkan keperluan
asas tumbuhan dengan ciri-ciri tumbuhan di kawasan tiada air
Sikap Saintifik dan          :       Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.
Nilai Murni                               Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.
Sumber Pengajaran       :        Pokok layu, pokok segar, 2 buah pasu, komik, rumpai air,
dan Pembelajaran                   cawan plastik, 1 botol berisi air, 1 botol berisi minyak, pita
salofan, kotak, klip video, gambar pokok kaktus dan lembaran
kertas



FASA/MASA

KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN/KEMAHIRAN SAINTIFIK

CATATAN

Orientasi
(5 min)

Tumbuhan memerlukan keperluan asas untuk terus hidup.

Guru menunjukkan pokok layu di dalam pasu A dan pokok segar dalam pasu B.

Guru bertanya:
1.    Mengapakah pokok di dalam pasu A layu manakala pokok di dalam pasu B kelihatan segar?

Jangkaan jawapan:
1.    Pokok layu tidak mendapat cukup makanan.
2.    Pokok segar mendapat makanan yang mencukupi.

Pelajar diberi peluang untuk melihat dan memeriksa pokok di dalam kedua-dua pasu dan membuat inferens.


KPS :
-Memerhatikan keadaan pokok layu dan segar

-Membuat inferens tentang keadaan pokok layu dan segar.

Teori Ausubel:
 -Penyusunan awal dengan menggunakan contoh realiti sebagai permulaan menerangkan konsep penting dalam keperluan asas tumbuhan.


Pencetusan Idea
(10 min)

Keperluan asas tumbuhan ialah air, udara dan cahaya matahari.

Pelajar merujuk komik berkisar tentang pengembaraan Si Bawang di dalam buku teks KSSR Dunia Sains & Teknologi Tahun 2.

Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dan diminta berbincang mengenai keperluan asas tumbuhan dan menyatakan jawapan mereka di dalam ruang yang disediakan.


KPS :
- Memerhati gambar di dalam komik Si Bawang
-Meramalkan keperluan asas tumbuhan berdasarkan komik

Sumber:
- Buku teks KSSR Dunia Sains & Teknologi Tahun 2 m/s 68-69.
-Lembaran kerja A


Penstrukturan semula idea
(30 min)

Keperluan asas penting kepada tumbuhan.

Tumbuhan akan layu dan mati jika ada keperluan asas yang tidak diperoleh.

Setiap kumpulan diberikan rumpai air, cawan plastik, 1 botol berisi air, 1 botol berisi minyak, pita salofan dan kotak.

Pelajar diminta menyediakan bahan seperti berikut:

BEKAS
KETERANGAN

A
Rumpair dimasukkan ke dalam bekas dan dituangkan air sehingga separuh bekas.
B
Rumpair dimasukkan ke dalam bekas tanpa air.

C
Rumpair dimasukkan ke dalam bekas dan dituangkan air sehinga separuh bekas. Sedikit minyak dituang.

D
Rumpair dimasukkan ke dalam bekas dan dituangkan air sehingga separuh bekas. Kemudian, bekas disimpan di dalam kotak tertutup.

Keempat-empat bekas diletakkan di tepi tingkap selama 2 minggu.

Data direkodkan di dalam jadual pemerhatian di dalam lembaran kerja B.

Guru menayangkan video eksperimen terhadap rumpair yang telah dilakukan oleh guru terlebih dahulu menggunakan klip video.
Klip video memaparkan perubahan yang berlaku kepada tumbuhan setiap saat sepanjang 2 minggu.

Guru dan pelajar berbincang perubahan yang berlaku kepada rumpair berdasarkan klip video kemudian membentuk konsep keperluan asas tumbuhan serta kepentingannya.

Pelajar dikehendaki menjawab soalan di dalam Lembaran Kerja C.

Teori Konstruktivisme:
-Pembelajaran berasaskan murid dengan melibatkan murid melakukan eksperimen secara sendiri.


KPS :
-Membuat eksperimen mengkaji keperluan asas tumbuhan
-Memerhatikan perubahan yang berlaku kepada pokok sepanjang guru menayangkan video

KB:
-Membuat perbandingan dan perbezaan keadaan pokok apabila mendapat keperluan asas yang mencukupi dan pokok tidak mendapat keperluan asas mencukupi

Nilai Murni:
- Jujur dalam merekod data.

Sumber:
- Lembaran kerja B
- Lembaran Kerja C
-Klip video
- Rumpai air, cawan plastik, 1 botol berisi air, 1 botol berisi minyak, pita salofan dan kotak.


Catatan:
-Keputusan ekperimen diperoleh selepas 2 minggu


Aplikasi idea
(10 min)

Adaptasi pokok yang hidup di kawasan kering dan tiada air.

Contoh: Gurun



Gurun merupakan kawasan tiada air.
Guru bertanya:
1.    Ada atau tidak pokok di kawasan gurun?
2.    Jika ada, mengapa pokok itu boleh terus hidup?

Jangkaan jawapan:
1.    Tiada pokok hidup.
2.    Sebab tiada air jadi pokok akan mati.

Guru menunjukkan gambar contoh pokok yang hidup di kawasan gurun dan menerangkan ciri-ciri pokok tersebut.

Contoh: Pokok kaktus mempunyai duri yang banyak. Duri pada pokok kaktus boleh menyimpan air.



Teori Gagne:
- Pembelajaran bermula daripada mudah kepada sukar.

KPS:
- Membuat inferens mengapa terdapat tumbuhan yang dapat hidup di kawasan gurun

KB:
-Menghubungkait antara keperluan asas tumbuhan dan ciri-ciri tumbuhan hidup di kawasan gurun



Refleksi
(5 min)

Air, udara dan cahaya matahari diperlukan oleh tumbuhan untuk terus hidup.

Guru bertanya:
1.    Fikirkan kenapa kamu membuat eksperimen pada hari ini?
2.    Di rumah kamu ada pokok atau tidak? Jika ada boleh atau pun tidak kamu memijak sesuka hati kamu?

Jangkaan jawapan:
1.    Supaya kami dapat tahu bahawa pokok memerlukan air,udara dan cahaya matahari untuk hidup.
2.    Tidak boleh pijak sesuka hati sebab pokok benda hidup. Nanti pokok akan mati.

Guru membimbing apa yang pelajar telah mempelajari dengan menggunakan peta minda.


Teori pemprosesan maklumat:
-menggunakan peta minda bagi mengukuhkan maklumat supaya dapat memasuki ingatan jangka panjang

Nilai murni:
- Cinta akan alam sekitar

Sumber:
- Lembaran Kerja D










LEMBARAN KERJA B

BEKAS A:                                                                              BEKAS B:

HARI
PEMERHATIAN
1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

HARI
PEMERHATIAN
1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14


BEKAS C:                                                                              BEKAS D:
HARI
PEMERHATIAN
1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14


HARI
PEMERHATIAN
1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14


Rancangan Pengajaran Harian
(Lima Fasa Konstruktivism Needham)
Tarikh :                                  26 Mac 2011
Masa :                                    7.45 – 8.45 am
Kelas :                                    2 Baiduri
Bilangan pelajar :                 30
Mata pelajaran :                    Sains
Topik :                                    Haiwan

Objektif pembelajaran :       Di akhir pembelajaran murid akan dapat memahami                                       tumbesaran haiwan

Hasil pembelajaran             :           murid boleh:
1.    Mengenal pasti cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak dan bertelur.
2.    Mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan.
Pengetahuan sedia ada :   murid mengetahui bahawa haiwan membiak melalui bertelur                                                           dan melahirkan anak.
Kemahiran saintifik :           memerhati haiwan dengan menggunakan deria penglihatan, sentuhan dan pendengaran, mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan, membuat jangkaan jenis pembiakan haiwan, membuat inferens terhadap jangkaan yang dibuat.
Kemahiran berfikir :             membanding beza ciri-ciri haiwan yang bertelur dan                                                               melahirkan anak, menjana idea ketika sesi soal jawab.                                                          
Nilai murni
1)    Memupuk sifat mencintai dan menghargai alam sekitar.
2)    Bersyukur kepada Tuhan.
3)    Memupuk kasih sayang kepada keluarga.
4)    Memupuk kreativiti murid.
Sumber pengajaran dan pembelajaran : beberapa keping gambar haiwan dari persembahan PowerPoint, gunting, gam, kertas, perembahan PowerPoint

Fasa/ masa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran/ kemahiran saintifk
Catatan
Orientasi
(10 min)
Haiwan melakukan proses pembiakan
Guru menunjukkan gambar animasi haiwan yang melahirkan anak dan bertelur menggunakan persembahan PowerPoint.

Semasa guru menunjukkan animasi tersebut, guru bertanya:
Apakah haiwan yang terdapat dalam animasi tersebut?


Murid diberikan peluang untuk menonton kembali animasi dari persembahan PowerPoint secara berulang kali.

Animasi haiwan menunjukkan beberapa haiwan bersama anaknya.
Pencetusan idea
(10 min)
Terdapat haiwan yang membiak secara bertelur dan melahirkan anak.
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada lima orang. Guru memberikan banyak gambar haiwan. Murid menjawab lembaran kerja A yang diberikan dengan mengelaskan gambar haiwan tersebut mengikut cara pembiakan.

Memerhati dan membuat jangkaan
Murid berbincang di dalam kumpulan sama ada gambar haiwan yang diberikan itu bertelur atau melahirkan anak, dan seterusnya menyatakan jawapan mereka dalam ruangan jangkaan dan sebab.
  Lembaran kerja A

Penstrukturan semula idea
(20 min)
Banding beza haiwan yang membiak melaui bertelur dan melahirkan anak.
Guru menunjukkan kepada murid video pendek mengenai pembiakan haiwan yang lebih teliti. Murid dikehendaki mengaitkan jangkaan mereka dengan video yang ditunjukkan.

Jawapan mereka direkodkan pada kolum pemerhatian  di dalam lembaran kerja A.


Pengelasan
Guru dan murid membincangkan hasil dapatan mereka. Dalam sesi ini, guru akan menyoal murid, dan murid akan menjawab soalan yang diberikan yang menunjukkan bahawa mereka faham akan tajuk yang dibincangkan.
Pendekatan Konstruktivism :
Keutamaan pembelajaran adalah ditumpukan kepada hasil perolehan di dalam bidang konstruktivism

Pengaplikasian idea
(15 minit)
Menaakul kepentingan pembiakan kepada haiwan
Guru bertanyakan kepada murid nama haiwan yang telah pupus atau yang diancam kepupusan.

Membuat jangkaan
Guru juga akan bertanyakan kepada murid apakah yang akan terjadi sekiranya haiwan tidak membiak. Murid berbincang dalam kumpulan dalam menjawab persoalan guru.
Pendekatan konstruktivism : Model yang paling sesuai digunakan ialah pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif

Refleksi
(5 minit)
Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Guru memberikan tunjuk ajar kepada pelajar untuk membina peta minda berdasarkan apa yang telah dipelajari.

Murid diekehendaki menceritakan semula setiap apa yang dipelajari sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.
Peta minda yang digunakan ialah jenis tulang ikan yang hanya mempunyai dua kolum iaitu kolum untuk senarai haiwan yang bertelur dan haiwan yang melahirkan anak.
Lembaran kerja B.


LEMBARAN KERJA A
Tandakan (/) pada kolum yang sesuai sama ada haiwan di bawah bertelur atau melahirkan anak.
HAIWAN
JANGKAAN
INFERENS
PEMERHATIAN
BERTELUR
MELAHIRKAN ANAK
AYAM




KUCING




LEMBU




PENYU




GAJAH




BURUNG PIPIT




ULAR




KATAK




TUPAI




CICAK








Tarikh :                                        30 March 2012
Masa :                                          7.45 -8.45 a.m.
Kelas :                                          Darjah 2 Merah
Bilangan murid:                            35
Subjek :                                        Sains
Topik :                                          Pergerakan haiwan
Objektif pembelajaran :                Pada akhir sesi pembelajaran, murid
                                                     mampu menyatakan pergerakan haiwan.
Hasil pembelajaran :                    Murid :
1.    Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak, terbang, berenang, menjalar, mengensot, merayap, berlari dan melompat.

2.    Menjalankan simulasi cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung terbang, lembu berjalan, kura-kura merangkak, ular menjalar,  semut merayap, kuda berlari dan katak melompat.
Pengetahuan sedia ada :            Murid-murid mempunyai pengetahuan tentang
                                                         konsep haiwan dan rupa bentuk  haiwan.
Kemahiran Saintifik :                   Memerhati- Murid memerhati cara haiwan
                                                        bergerak
                                                        Mengelaskan-Murid mengelaskan haiwan
                                                        mengikut cara pergerakan
                                                        Meramal – Murid meramal cara pergerakan bagi
                                                        ketam
Kemahiran Berfikir :                    Membanding dan membeza – Murid
                                                        membandingkan cara pergerakan setiap haiwan
                                                        Menghasilkan idea -  Murid mendapatkan idea
          bahawa haiwan yang berlainan jenis
         menjalankan pergerakan yang berlainan
Sikap saintifik dan nilai murni :  Menunjukkan minat dan sikap ingin tahu
                                                       terhadap alam sekitar. Nilai sayang menyayangi
                                                       terutamanya terhadap haiwan.
Sumber pembelajaran dan pengajaran: Video klip, lembaran kertas


















Fasa / Masa
Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Catatan
Orientasi
 (5minit)
-Kanggaru bergerak dengan melompat
-Kuda bergerak dengan berjalan
-burung bergerak dengan terbang
-ikan bergerak dengan berenang
Murid ditunjukkan video mengenai cara pergerakan bagi beberapa jenis haiwan (kanggaru, kuda, burung dan ikan)
2. Murid diminta memberikan perhatian penuh semasa video ditayangkan.
KPS: Memerhati- pergerakan jenis haiwan dalam video klip
Sumber p&p: video(TMK)

Teori Ausubel: Penyusunan awal dengan menggunakan video sebagai permulaan yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep penting dalam keseluruhan pelajaran.

Pencetus-an idea

(10 minit)
-Lembaran kertas yang mempunyai pelbagai pergerakan haiwan dan murid dikehendaki untuk padankannya
- Soalan yang dikemukan bertujuan untuk mengenal pasti sama ada murid mempunyai perspektif yang salah tentang pergerakan
1)Murid diberikan satu lembaran kerja

2)Murid diberikan beberapa soalan
Contohnya
-haiwan apa yg kamu lihat/ dalam video
-bagaimana burung bergerak?
-bandingkan cara burung dan kuda bergerak?



KPS: Meramal- cara pergerakan haiwan dalam lembaran kertas
Memerhati – haiwan-haiwan yang terdapat dalam video
KB: membanding dan membezakan – murid diberikan soalan untuk membuat perbandingan pergerakan burung dengan kuda.
Sumber: lembaran kertas, video klip

Penstrukturan semula idea (30 minit)
-Menunjukkan gambar-gambar  tentang pergerakan haiwan-haiwan seperti kuda, burung dan ikan.

- Murid menyatakan pergerakan haiwan-haiwan
- kuda berlari
- burung terbang
- kanggaru melompat

-Murid diberikan gambar-gambar seperti ikan, kanggaru yang sedang menjalankan proses pergerakan

-Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan
-setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat peranan menjalankan pergerakan sejenis haiwan di depan kelas. Contohnya kanggaru, burung dan ikan
-cikgu membuat demonstrasi sekiranya murid-murid berbuat salah

Pendekatan Konstruktivisme: pembelajaran berasaskan murid dengan menyuruh murid memainkan peranan haiwan
Teori pembelajaran Bruner: menekankan pembelajaran hasil daripada interaksi murid dengan murid dan interaksi antara guru dengan murid. Cthnya guru menunjukkan demontrasi apabila mendapati murid membuat salah.
KPS:Memerhati- proses pergerakan yang dijalankan oleh haiwan melalui gambar dan mengelaskan- cara pergerakan haiwan

KB: membanding dan membezakan- murid membandingkan pergerakan haiwan yang ditunjukkan oleh rakan mereka

Aplikasi Idea
(10 minit)
.Mengetahui bahawa pelbagai haiwan bergerak dengan cara pergerakan yang sama.


Soalan yang rumit :Pergerakan yang unik contohnya seperti sotong dan ketam
Dalam kumpulan, murid-murid dikehendaki berfikir: Apa lagi haiwan yang bergerak dengan terbang?

Apa lagi haiwan yang bergerak dengan berjalan?

Setelah mereka mempunyai pengetahuan tentang pergerakan asas, guru memberikan soalan yang mencabar minda murid.
Bagaimanakah sotong menjalankan pergerakan?

Bagaimanakah ketam menjalankan pergerakan mereka?

Murid-murid sedar bahawa terdapatnya haiwan yang bergerak dengan cara yang lebih istimewa
Teori Jean Piaget: Asimilasi – menambah maklumat baru tentang haiwan lain yang menggunakan pergerakan yang sama

KPS: Meramal-murid diberikan peluang untuk meramalkan pergerakan ketam

Teori pembelajaran Gagne: sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah atau peringkat asas kepada yang rumit. Pelajar memahami pergerakan asas haiwan seperti terbang, berjalan. Selepas itu didedahkan dengan pergerakan sotong.
KB:menghasilkan idea bahawa haiwan yang berlainan bergerak dengan cara yang berlainan

Sikap Saintifik: murid mula mempunyai semangat ingin tahu dengan pergerakan haiwan yang unik
Refleksi
(5 minit)
Melakukan semula atau mempraktiskan balik apa yang dilakukan semasa di penstrukturan semula idea untuk mengukuhkan kefahaman murid tentang pergerakan.

Menerapkan nilai-nilai murni melalui persoalan.
Cikgu menyuruh murid-murid untuk memainkan peranan   haiwan yang tadi mereka lakukan supaya mereka dapat mengingat dengan lebih jelas.

Menerapkan nilai cinta kepada haiwan dengan mempersoalkan murid tentang apa yang akan berlaku pada kuda sekiranya kaki kuda telah dipotong?

Teori pemprosesan maklumat: Bagi mengelakan murid melupakan apa yang dipelajari, melakukan /mempraktiskan sekali lagi simulasi untuk mengukuhkan ingatan supaya informasi ini dapat memasuki ingatan jangka panjang

Nilai murni: Cinta akan alam sekitar


fhewwww~~ thx to leave a comment~

No comments:

Post a Comment