Sunday, 25 March 2012

RPH Maiyu, Elly dan Din

Rancangan pengajaran harian

Tarikh                                                  : 21 Mac 2012
Masa                                                   : 8.00-9.00 a.m.
Tahun                                                  : 2 Bestari
Subjek                                                 : Sains dan Teknologi
Topik                                                   : Manusia
Tajuk                                                   : 1.1. Memahami manusia memerlukan keperluan asas untuk hidup.
Objektif pembelajaran                         : pada akhir pembelajaran pelajar dapat mengenal pasti keperluan asas manusia.
Hasil pembelajaran                             : pelajar dapat :
1. Mengenali makanan yang memberi tenaga, membantu tumbesaran dan membantu menjaga kesihatan.
2. Menaakul kepentingan pelbagai jenis makanan kepada manusia.
Pengetahuan sedia ada                      : Pelajar tahu bahawa makanan penting untuk kehidupan manusia.
Kemahiran saintifik                              : memerhati pyramid makanan, mengelaskan makanan yang bekhasiat ikut kepentingan, menggunakan perhubungan ruang dan masa dalam aktiviti kumpulan, berkomunikasi untuk mendapatkan maklumat, dan membuat inferens terhadap kkepentingan makanan.
Kemahiran berfikir                               : Membandingkan dan membezakan jenis-jenis makanan, menghubungkaitkan jenis makanan dengan kesihatan manusia, menganalisasi khasiat dalam makanan, dan menyusun jenis makanan mengikut keutamaan.
Nilai-nilai murni dan nilai-nilai saintifik : Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat, bekerjasama dan menyukuri nikamat yang dikurniyayi tuhan.
Bahan bantu belajar dan mengajar     : 1.Flashcards
2.Microsoft powerpoint
4.Soalan
5.Laptop dan projektor
Fasa /
Masa
Kandungan
Aktiviti mengajar dan belajar/kemahiran berfikir
Catatan
Orientasi
(15 minut)












Mengelaskan keperluan asas manusia.













Aktiviti kumpulan:
1.         Membahagikan pelajar dalam 5 kumpulan.
2.         Mengedarkan flash kad dan 2 peti kosong untuk memasukkan flash kad tesebut.
3.         Meminta mereka untuk mebahagikan kad tersebut kepada keperluan asas manusia dan kehendak manusia.

Pelajar akan berkomunikasi dan bertukar-tukar maklumat untuk membezakan keperluan asas dan kehendak manusia.

Aktiviti A




Mengumpul idea
(10 minut)

Mengenali jenis-jenis makanan yang ada.
Meminta palajar untuk menyenaraikan jenis makanan mengikut kepentingan.

Aktiviti B
Penstrukturan  semula idea
(10 minut)
Jenis makanan yang memberi tenaga, membantu tumbesaran dan membantu menjaga kesihatan.
Menunjukkan pelan pyramid makanan dengan hanya satu contoh makanan di dalmnya .

Meminta pelajar untuk datang ke depan dan menampal jenis makanan pada ruang yang betul.



Aktiviti B





Mengaplikasi idea
(5 minut)
Kepentingan pelbagai jenis makanan.
Meminta mereka duduk dalam pasangan.
Meminta pelajar untuk berkongsi makanan yang mereka suka dan membincang makanan itu penting untuk kesihatan atau tidak.

Teori kontekstual
Refleksi
(5 minut)
Air,udara, makanan dan tempat perlindungan sangat penting untuk manusia.
Imbas kebali apa yang diajar.
Meminta mereka untuk membuat peta minda supaya lebih ingat.

Aktiviti c

Teori masteri belajar



Reflaksi diri:





Rancangan Pengajaran Harian (Lima Fasa Needham)
Tarikh                         : 15 April 2012
Masa                          : 9.00 pagi – 10.00 pagi
Kelas                          : Tahun 2 Merah
Jumlah Murid           : 30
Subject                       : Sains
Topik                          : Memahami haiwan memerlukan keperluan asas untuk hidup

Objektif Pembelajaran : Murid-murid dapat mengenalpasti keperluan asas yang diperlukan oleh haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan untuk hidup pada akhir waktu.

Hasil Pembelajaran :
1)    Mengenal pasti keperluan asas seperti iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan.
2)    Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan.
3)    Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan.
4)    Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan.
5)    Mengenal pasti tempat perlindungan haiwan seperti sarang, reban, lubang, di atas pokok, kandang, gua, di dalam air, dalam tanah dan di celah batu atau
kayu.
6)    Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Pengetahuan sebelum pembelajaran : Murid mengetahui haiwan memerlukan keperluan asas untuk hidup.

Kemahiran Sainstifik : Pemerhatian terhadap keperluan asas bagi haiwan, mengklasifikasikan tempat perlindungan dan makanan bagi haiwan dan membuat inferens sebab keperluan asas bagi haiwan

Kemahiran Berfikir : Perbezaan tentang makanan dan tempat perlindungan bagi haiwan,  menjana idea tentang keperluan asas bagi haiwan

Sikap Saintifik dan Nilai-nilai Murni :
1.    Mempunyai minat dan perasaan ingin tahu terhadap aktiviti yang dijalankan.
2.    Bersikap jujur dan tepat dalam merekod serta mengesahkan data.
3.    Berkerjasama dalam kerja kumpulan.

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran : Gambar air, makanan, tempat perlindungan dan udara, kad manila, tayangan video, powerpoint.

Fasa / Masa
Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran / Kemahiran Sains
Catatan
Orentasi
(10 minit)
Semua benda hidup memerlukan keperluan asas untuk meneruskan hidup.
Empat orang murid dikehendaki berdiri dan mereka diberikan gambar yang berlainan iaitu, gambar air, makanan, tempat perlindungan dan udara (pokok ditiup angin untuk menunjukkan pergerakan udara)

Ketika itu, guru menanya mereka semua :

Apakah yang akan berlaku sekiranya kehidupan haiwan kehilangan salah satu daripadanya?
Mengapakah haiwan memerlukan keperluan asas ini?

PEMERHATIAN
Guru seterusnya meletakkan gambar-gambar tersebut dan murid dikehendaki membuat pemerhatian dan berfikir tentang kepentingan keperluan asas.

Guru akan bertanya:
Mengapa haiwan tidak boleh meneruskan hidup disebabkan tiada salah satu daripadanya?

MEMBUAT INFERENS
Murid-murid dikehendaki membuat inferens ke atas persoalan tersebut.

Contoh Inferens :
Murid : Haiwan tidak dapat meneruskan hidup sekiranya tiada salah satu daripadanya.

Teori pembelajaran Piaget. Sesuatu organisma untuk menyesuaikan diri (adaptasi) dengan persekitaran dikaji oleh Piaget dan hasilnya, terdapat dua proses membuatadaptasi iaitu asimilasi dan akomodasi.
Pengumpulan
ideas
(10 minit)
Semua haiwan memerlukan keempat-empat keperluan asas dan salah satu daripada keempat-empatnya tidak boleh dikurangkan untuk hidup.
Murid-murid dibahagikan kepada enam kumpulan dan lembaran kerja A diberikan.

PEMERHATIAN dan MEMBUAT RAMALAN
Murid-murid dikehendaki berbincang situasi haiwan berdasarkan keperluan asas yang diberikan secara kumpulan.

Pendekatan konstruktivisme.
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.
Pengsktukturan Semula Idea
Haiwan mesti mempunyai keperluan asas seperti air, makanan, udara dan tempat perlindungan untuk hidup.

Guru menerangkan  jenis keperluan asas bagi haiwan kepada semua pelajar. Selepas itu, guru akan menayangkan video tentang jenis keperluan asas bagi haiwan yang berlainan untuk membuktikan  ramalan murid-murid.
Kemudian, guru akan menggunalan powerpoint untuk menjelaskan kepentingan keperluan asas bagi haiwan.

PENGUJIAN
Murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan di dalam lembaran kerja B.

Teori pembelajaran Ausubel,kerana beliau menekankan proses penguasaan maklumat melalui bahasa yang bermakna. Dalam pembelajaran resepsinya , guru memberikan konsep-konsep dengan jelas dan tersusun supaya murid dapat menerimanya dengan lengkap dan baik.
Pengaplikasian idea
(15 minit)
Makanan, air , tempat perlindungan dan udara merupakan keperluan asas bagi haiwan.
Semua murid diberikan kad. Sebahagian kad dilekat dengan gambar haiwan dan sebahagian kad dilekat dengan contoh jenis keperluan asas haiwan.
Murid-murid dikehendaki mencari pasangan haiwan dan keperluan asas masing-masing.


Refleksi (5 minit)
Haiwan mesti mempunyai keperluan asas seperti air, makanan, udara dan tempat perlindungan untuk hidup.
Guru membimbing murid membuat refleksi terhadap topik yang dipelajari oleh mereka dengan menggunakan peta konsep.

Lembaran kerja C
Teori Pembelajaran Bruner. Penggunaan istilah untuk memahami susunan struktur pengetahuan

Refleksi Kendiri :



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
(Sains Tahun 2 KSSR)

Mata Pelajaran : Sains
Kelas : Tahun 2 Al-Farabi
Bilangan Murid : 28 Orang
Masa : 60 Minit
Tunjang : 4 Terang dan gelap.
Tajuk : 4.1Menganalisis keadaan terang dan
gelap
Objektif : i. Untuk mengenal pasti sumber cahaya seperti matahari, lampu, lampu suluh dan api.
ii. Untuk membezakan keadaan terang dan gelap melalui penyiasatan.
kesihatan diri sendiri.
iii. Untuk menerangkan bagaimana bayang-bayang dihasilkan melalui aktiviti.
iv. Menaakul kepentingan cahaya kepada manusia
v. Menjelaskan pemerhatian melalu lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Kemahiran proses sains : i. Membuat perbezaan, memerhati, membuat inferens dan membuat uji kaji.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui dan memahami perbezaan cerah dan gelap
Kemahiran Berfikir : i. Menjana Idea.
ii. Berfikiran Kritis dan Memberi Pendapat.
Nilai Murni : i. Menghargai kejadian alam.
ii.Mengetahui kepentingan cahaya.
Bahan Sumber : Komputer dan LCD, slide gambar sumber cahaya.ppt.





Fasa
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Fasa orientasi: (Engage)

Mengenal pasti sumber cahaya seperti matahari, lampu, lampu suluh dan api.
1.    Guru menayangkan sedutan video ‘Boboiboy’ sewaktu siang dan kemudian menayangkan lagi sedutan video ‘Boboiboy’ semasa waktu malam.
Pemerhatian

2.    Kemudian guru bertanya kepada murid apa yang mereka dapat lihat.
“Berdasarkan gambar-gambar ini, apakah yang dapat kamu lihat?”
Murid diberi peluang untuk membuat inferens melalui pemerhatian.
Inferens
3.    Guru akan membantu murid dengan memberi klu sekiranya mereka masih tidak dapat meneka.
4.    Jika murid berjaya menjawab dengan betul, guru perlu memuji murid.
Gambar-gambar sumber cahaya diambil daripada internet.

Teori Bruner-
Pengajaran selanjutnya bergantung kepada cara membangkitkan minat di kalangan murid. Semua kanak-kanak memiliki mekanisme dalaman untuk ingin belajar. Oleh itu, guru mesti menggalakkan mereka melalui pembelajaran penerokaan
Fasa Pencetusan idea: (Explore).

Perbezaan keadaan cerah dan gelap. Membezakan keadaan terang dan gelap melalui penyiasatan
1.    Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2.    Guru memberikan jadual perbezaan antara siang dan malam.
3.    Murid berbincang secara berkumpulan untuk mengisi jadual tersebut. Mengapakah keadaan menjadi cerah pada waktu siang dan gelap pada waktu malam.
Slide powerpoint

Melibatkan teori Bruner. Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan berpandu, atau latihan penyiasatan.

Fasa Penstrukturan Semula idea : (Explain)

Menerangkan bagaimana bayang-bayang dihasilkan melalui aktiviti.
1.    Setiap kumpulan dibekalkan dengan lampu suluh.
2.    Guru juga memberikan kadbod kepada setiap kumpulan.
3.    Murid dikehendaki meletakkan tangan di depan lampu suluh dan memerhati bayang-bayang yang dihasilkan di atas kadbod. Murid boleh membuat bentuk bayang-bayang mengikut bentuk yang mereka suka.
4.    Kemudian, aktiviti tersebut diulang di luar kelas.
Membuat perbandingan
Menjana idea dan pendapat.
1.    Fasa Aplikasi idea: (Elaborate)
Untuk Membezakan keadaan terang dan gelap melalui penyiasatan.

1.    Guru membawa murid-murid ke stor berdekatan. Murid-murid masuk ke dalam stor mengikut kumpulan yang dibahagikan sebelum ini. Kemudian, pintu stor ditutup.
Murid diminta mengecam rakan mereka semasa dalam gelap. Adakah mereka mampu mengenali rakan mereka dalam keadaan gelap.

Teori Piaget
Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.
Fasa Refleksi (Evaluate)
Sesi soal jawab
1.    Guru meminta murid untuk mengisi dan menyiapkan lembaran kerja yang diberi.
2.    Murid diminta menceritakan apa yang mereka belajar sepanjang aktiviti tadi.
Setiap pelajar akan membentuk perwakilan pengetahuan ‘frame of reference’ mereka sendiri melalui pengalaman yang dialami (Johnson & Gott, 1996)



Keadaan
Gambar A
Gambar B
Suasana (gelap/cerah)


Lampu (ada/tiada)


Matahari (ada/tiada)


Bintang (kelihatan/tidak kelihatan)



fhewwww~~ thx to leave a comment~

No comments:

Post a Comment