Sunday 25 March 2012

RPH Candyce, Nadiah, Vaisy dan Yasin


Rancangan Pengajaran Harian
(Model 5-Fasa Needham)

Tarikh                                     : 1 April 2012
Masa                                      : 10.15 pagi – 11.15 pagi
Kelas                                      : Tahun 2 Melawati
Bilangan Pelajar                  : 28
Subjek                                    : Sains Tahun 2 (KSSR)
Tajuk                                      : Pergerakan Haiwan

Objektif Pembelajaran         : Murid akan mampu mengetahui jenis-jenis pergerakan
                                                  haiwan dan kepentingannya pada akhir kelas.
Hasil pembelajaran             : Murid boleh:
1.    Menjelaskan jenis-jenis pergerakan haiwan seperti merangkak, melompat, berlari, berjalan, berenang, terbang dan menjalar
2.    Membezakan dan menggambarkan jenis-jenis pergerakan yang ada pada haiwan yang berbeza habitatnya dan tujuannya.
3.     Menaakul kepentingan pergerakan kepada haiwan
4.    Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Pengetahuan Sedia-ada    : Murid sudah mengetahui haiwan akan bergerak dan
  terdapat cara pergerakan haiwan masing-masing.
Kemahiran saintifik             : Memerhatikan, mengklasifikasikan, meramalkan, membuat
  inferens
Kemahiran berfikir               : Membuat hipotesis tentang jenis-jenis pergerakan haiwan
  masing-masing, mengaitkan cara pergerakan dengan
  haiwan yang berlainan.
Kemahiran saintifik                         : Mempunyai minat yang tinggi terhadap haiwan binatang
dan nilai                                  Menjaga disiplin ketika aktiviti dijalankan
                                                  Sentiasa bertanya apabila terdapat soalan tidak faham
Bahan bantu mengajar       : Gambar-gambar haiwan, video pergerakan haiwan yang
dan belajar                              berlainan
Fasa atau masa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Pengenalan
(10 mins)
Cara pergerakan haiwan berbeza.





Guru akan menunjukkan  gambar rajah yang menunjukkan seorang pelajar dengan sebuah sekolah pada jarak yang tertentu lalu bertanya murid-muridnya:

Bagaimanakah pelajar tersebut pergi ke sekolah?
Mengapakah seseorang perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat?

Guru menjelaskan bahawa haiwan juga bergerak ke satu tempat dengan cara masing-masing.

Pemerhatian
Guru menunjukkan gambar rajah haiwan yang berlainan lalu bertanya:

Apakah pergerakan haiwan ini?
Mengapakah haiwan bergerak?

Murid-murid dikehendaki memerhatikan struktur badan haiwan pada gambar rajah tersebut untuk menentukan cara pergerakan mereka.










Teori Piaget telah diaplikasikan pada pengenalan. Piaget memandang belajar itu sebagai tindakan kognitif, iaitu tindakan yang melibatkan fikiran. Tindakan kognitif menitikberatkan tindakan penataan dan pengadaptasian terhadap alam sekililing. Hal ini dapat dilihat apabila guru memulakan pengajaran topik ini dengan cara pergerakan pelajar sendiri untuk pergi ke sekolah bagi menunjukkan cara pergerakan berbagai-bagai dan berbeza. Dengan ini para pelajar dapat memahami cara pergerakan haiwan juga berbeza dan berbagai-bagai jenis.
Pengumpulan Idea
(10 mins)
Cara pergerakan haiwan berbeza.
Murid-murid dibahagikan kepada 4 dalam satu kumpulan dan dibagi lambaran kertas A untuk menuliskan cara pergerakan haiwan yang ditunjukkan dalam gambar rajah.

Membuat Inferens

Murid-murid dikehendaki berbincang untuk meramal cara pergerakannya dan kepentingan pergerakan haiwan. Jawapan ditulis pada tempat kosong yang telah disediakan di dalam lambaran kertas A.










Teori Bruner telah digunakan pada bahagian ini. Bruner menekankan pembelajaran secara penemuan. Dengan membuat inferens sendiri, para pelajar dapat menstruktur kembali idea-idea sedia ada dengan soalan-soalan yang ditanya pada lambaran kertas A.
Penstrukturan Semula Idea
(20 mins)
Cara pergerakan haiwan boleh didapati dalam berbagai-bagai jenis disebabkan struktur badan yang berbeza, habitat yang berlainan dan tujuan masing-masing.

Contoh pergerakan haiwan meliputi merangkak, berlari, berjalan, terbang, berenang, menjalar dan melompat.



Guru memainkan video pergerakan haiwan bagi menyemak ramalan murid-murid di dalam lembaran kertas A.

Jawapan betul dicatatkan di dalam lambaran kertas A.

Klasifikasi

Murid-murid dibagi lembaran kertas B untuk mengklasifikasikan haiwan dengan cara-cara pergerakannya.

Teori Gagne diaplikasikan. Teori turut dipanggil Teori pemprosesan maklumat. Gagne telah menekankan bahawa bagaimana manusia memperoleh sesuatu maklumat dalam proses pembelajaran. Para pelajar telah mengetahui cara pergerakan haiwan melalui video yang ditunjukkan.
Aplikasi Idea
Haiwan yang berlainan mempunyai cara pergerakan masing-masing.
Pengalaman

Permainan disediakan kepada murid-murid  dan diberikan slogan untuk menghafal.

Permainan ini terdapat 4 jenis slogan, iaitu “Katak melompat, katak melompat”, “Burung terbang, burung terbang”, dan  “Anjing berjalan, anjing berjalan”, “Ular menjalar, ular menjalar”.

Murid tersebut akan membacakan slogan tersebut dengan menyertakan cara pergerakan haiwan tersebut.

Apabila guru menunjukkan gambar rajah haiwan yang berkaitan, murid-murid harus segera memberikan cara pergerakan berserta dengan slogan yang dihafalkan.

Murid yang salah dibenarkan untuk duduk dan murid yang betul akan teruskan permainan.

Murid yang terakhir duduk menang.

Ganjaran, iaitu buku nota diberikan kepada pemenang.


Teori pembelajaran behaviorisme menekankan pembelajaran secara tingkah laku atau penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran. Permainan ini telah membolehkan para pelajar memperoleh pengalaman yang spesifik supaya membantu mereka mengingati sesuatu dalam jangka masa yang lebih panjang.
Refleksi
(5 mins)
Haiwan mempunyai cara pergerakan masing-masing.
Guru membimbing murid-murid membuat refleksi terhadap apa yang sudah dipelajari di dalam kelas dengan menggunakan konsep peta minda.








Rancangan Pengajaran Harian
(5 Fasa Konstruktivism Needham)
Tarikh                                                             : 26 Mac 2012
Masa                                                              : 8.20 – 9.20 am
Kelas                                                              : Tahun 2 Dahlia
Bilangan pelajar                                           : 5 Orang
Subject                                                           : Sains
Topik                                                              : Haiwan
Objektif Pembelajaran                                 : Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat: memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup dan mengetahui kepentingan keperluan asas terhadap haiwan.
Hasil Pembelajaran                                     : Murid:
1.    Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat tinggal.
2.    Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan.
Pengetahuan Sedia Ada                           : Pelajar sudah mengetahui dan mampu menyatakan keperluan asas benda hidup.
Kebolehan Saintifik                                    : Murid mampu,
1.    Memerhati keperluan asas haiwan.
2.    Meramal apa yang akan terjadi sekiranya keperluan asas haiwan tidak dipenuhi.
3.    Membuat inferens mengenai kepentingan keperluan asas tersebut terhadap haiwan.
4.    Mengenal pasti kesemua jenis keperluan asas haiwan.
Kemahiran berfikir                                       : Membanding beza, menjana idea, membuat hipotesis, mentafsir maklumat (melalui bahan bantu mengajar)
Sikap saintifik dan nilai murni                   : Mempunyai sifat ingin tahu terhadap haiwan, jujur dan rajin
Bahan Bantu Mengajar                              : Video, persembahan powerpoint, gambar

Fasa/Masa
Kandungan
Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran/ Kebolehan Saintifik
Catatan
Orientasi
(10 minit)
Menyatakan keperluan asas haiwan.

Terdapat empat keperluan asas haiwan:
i)             Makanan
ii)            Air
iii)           Tempat tinggal
iv)           Udara
Guru bahagikan murid kepada 5 kumpulan.

Lembaran kerja A diagihkan.

Lembaran kerja A  diberikan agar pelajar dapat mengaitkan konsep keperluan asas benda hidup dengan topik yang bakal dipelajari.

Lembaran kerja A juga diagihkan bertujuan untuk menguji pengetahuan sedia ada murid mengenai keperluan asas haiwan.
















Selepas 5 minit, guru akan berbincang dengan murid-murid untuk mendapatkan jawapan yang betul bagi lembaran kerja A dengan menggunakan gambar seperti dalam lampiran.
Pengajaran koperatif:
Pembelajaran secara bersama untuk mencapai matlamat secara bersama dan aktiviti dilakukan secara berkelompok.

Teori pembelajaran Ausubel:
Menggunakan prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel menerusi penggunaan penyusunan awal iaitu mengingati konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep yang bakal dipelajari. Murid-murid telah didedahkan dengan konsep keperluan asas benda hidup. Konsep ini dikaitkan dengan keperluan asas haiwan, yang turut merupakan benda hidup.

Teori pembelajaran Bruner:
Guru berbincang dengan pelajar di dalam kelas setelah jawapan diperolehi.
Pengumpulan Idea
(15 minit)
Haiwan mempunyai keperluan asas
Guru meminta pelajar untuk mengenal pasti keperluan asas haiwan menerusi tayangan video ringkas.

Menunjukkan video ringkas  mengenai haiwan (makan dan minum serta habitat)

Pelajar dapat memerhati jenis keperluan asas haiwan menerusi video tersebut.

Guru bertanya apakah yang dapat diperhatikan melalui video tersebut.

Pelajar menyatakan hasil pemerhatian dan memberi inferens.
Pengajaran langsung:
Guru membentangkan bahan baru yang melibatkan pengajaran sebenar, iaitu video ringkas yang mengandungi maklumat tentang keperluan asas haiwan.

BBM:
Penyampaian video
Penstrukturan Semula Idea
(20 minit)
Keperluan asas haiwan adalah udara, air, makanan dan tempat tinggal

Kepentingan keperluan asas kepada haiwan
Menunjukkan persembahan Powerpoint kepada pelajar mengenai kepentingan air, makanan, udara dan tempat tinggal.

Pelajar dapat memahami kepentingan keperluan asas tersebut bagi haiwan.

Lembaran kerja B diedarkan kepada 5 kumpulan untuk mengukuhkan pemahaman mengenai kepentingan keperluan asas bagi haiwan.
Pengajaran langsung:
Guru membentangkan bahan baru berkaitan pengajaran sebenar iaitu persembahan Powerpoint.

Pembelajaran Koperatif:
Pembelajaran secara bersama agar matlamat dapat dicapai bersama. Aktiviti dilakukan dalam kelompok kecil.

Aplikasi Idea
(10 minit)
Apakah keperluan asas haiwan dan kepentingannya?
Guru memberi pelajar lembaran kerja C untuk diselesaikan secara individu bagi menguji tahap kefahaman pelajar.

Kefahaman pelajar secara menyeluruh mengenai topik yang dibincangkan akan dapat diuji secara individu.
Pembelajaran masteri:
Kefahaman pelajar diuji menerusi lembaran kerja C dan guru akan bertindak sebagai pembimbing.

Refleksi
(5 minit)
Haiwan memerlukan air, udara, makanan dan tempat tinggal
Guru membimbing pelajar untuk mengimbas semula apa yang dipelajari dengan menggunakan peta konsep dalam lembaran kerja D.
Pembelajaran masteri:
Guru memecahkan unit pembelajaran kepada tajuk-tajuk kecil dan bertindak sebagai pembimbing kepada murid-murid.








































Lembaran Kerja C
Bulatkan pilihan jawapan yang betul.
1.    Antara yang berikut, yang manakah tidak termasuk dalam keperluan asas haiwan?
A.   Makanan
B.   Udara
C.   Air
D.   Pasangan
Sila jawab pada ruang yang disediakan.
2.    Nyatakan mengapakah haiwan memerlukan udara.
____________________________________________________________________________________________________________________________
3.    Nyatakan kepentingan air dan makanan kepada haiwan.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
4.    Mengapakah haiwan memerlukan tempat tinggal?
____________________________________________________________________________________________________________________________







Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh                                : 25 April 2012

Masa                                 : 1100-1200

Kelas                                 : 2 Kerjasama

Bilangan murid                  : 15 orang murid

Tema                                    : Sains Hayat

Bidang                               : Haiwan

Objektif pembelajaran       :  Pada akhir pembelajaran  murid dapat :
           
                         1. Murid boleh memadankan anak haiwan dengan ibunya.
                         2. Murid boleh mengelaskan haiwan mengikut rupa bentuk
                       3. Murid boleh mengelaskanya haiwan mengikut kumpulannya.

Hasil pembelajaran         : Pelajar
1.    Dapat menyatakan perbezaan antara anak haiwan dengan ibu haiwan.
2.    Dapat padankan anak haiwan kepada ibu haiwan
3.    Dapat menyatakan lebih kurang lima contoh haiwan yang sama dengan ibu haiwan dan yang tidak bersama dengan ibu haiwan.

Pengetahuan asas         : Pelajar mempunyai pengetahuan asas tentang  apakah itu haiwan,  nama-nama haiwan,rupa haiwan dan pernah melihat anak haiwan dengan ibu haiwan melalui pengalaman.

Kemahiran saintifik         : memerhati, mengelas,  berkomunikasi, mentafsir maklumat(gambar)
Kemahiran berfikir       : Berfikir secara kritis, membuat perbandingan,menjana idea,memberi pendapat

Nilai-nilai murni dan nilai-nilai saintifik : Mempunyai minat dan rasa ingin tahu terhadap haiwan. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.

Alat bantu belajar : Gambar haiwan, manila card,’glu’


























Langkah Pengajaran            :

Fasa/
masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pebelajaran
Catatan










Set induksi
(10 Minit)


Terdapat dua kumpulan haiwan  iaitu anak haiwan yang merupai dengan ibu dan anak haiwan yang tidak merupai ibu.

1)    Guru menunjukkan gambar beliau sendiri semasa beliau muda. Kemudian guru menunjukkan gambar ibu bapa beliau dan minta pelajar untuk mencarikan persamaan dan perbezaan.

2) Guru meminta pelajar (1 atau 2 pelajar) untuk menkongsikan gambar dia dan ibu bapanya dalam kelas dan minta pelajar-pelajar mencarikan persamaan dan perbezaan. (Pelajar dipesan untuk membawa gambar sebelum  2minggu P&P)

3) Guru meminta  pelajar , ‘Jika mereka tahu apa-apa benda hidup lain yang kelihatan seperti ibu dan bapa mereka’ dan
Seterus membimbing pelajar ke dalam perbincangan haiwan.

1)    Guru akan memegang gambar anak kucing dan meminta pelajar untuk menyebutkan nama ibu (untuk anak haiwan yang merupai ibu)
2)    Guru akan memegang gambar anak katak (berudu) dan meminta pelajar untuk menyebut nama ibu (untuk anak haiwan yang tidak merupai ibu)

5)Memberitahu pelajar bahawa 
ada haiwan yang merupai ibu dan ada haiwan yang tidak merupai seperti ibu,




Menjana Idea.

Berfikiran Kritis dan Memberi Pendapat.


Teori Ausubel: Model yang digunakan dalam set induksi ini ialah penyusun awal yang terdapat dalam teori pembelajaran Ausubel.
Ia adalah salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan Fungsinya ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran dan  juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari.
Mengumpul idea
(10 minit)








Terdapat dua kumpulan anak haiwan : anak haiwan yang merupai dengan ibu dan anak haiwan yang tidak merupai ibu




Setiap orang murid diberi lembaran kerja 1

Murid diminta untuk berbincang tentang anak-anak haiwan yang merupai ibu dan anak-anak haiwan yang tidak merupai ibudan kemudian menyelesaikan lembaran kerja 1.

Lembaran kerja 1

Pengajaran masteri :  Dalam fasa ini, pe pengajaran masteri digunakan. Masteri ialah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran  yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar.
Selaras dengan itu, aktiviti pengukuhan(lembaran kerja 1) yang digunakan dalam fasa ini bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama.





Membin-a semula idea
 (20 minit)

Ada anak haiwan yang merupai dengan ibu dan ada anak haiwan yang tidak merupai ibu

Contoh haiwan anak haiwanyang merupai ibu : kambing,gajah, singa dan lain-lain
Yang tidak merupai ibu : katak, rama-rama, nyamuk dan lain-lain

Aktiviti  : kawasan lapangan (padang)/bilik

1)    Guru membahagikan pelajar kepada kumpulan dua iaitu anak haiwan dan ibu.
2)    Setiap pelajar dalam kumpulan anak diberi gambar anak haiwan yang berlainan dan untuk kumpulan ibu haiwan guru memberi gambar ibu haiwan
3)    Murid yang memegang gambar ibu haiwan akan membuat bunyi dan bentuk pengerakan badan haiwan tersebut.
4)    Murid yang memegang gambar anak haiwan akan mencari gambar ibu haiwan.
5)    Guru memainkan permainan ini beberapa kali dengan mengubah gambar-gambar dalam kedua-dua kumpulan bagi memberi peluang kepada murid untuk menjadi anak dan ibu haiwan yang berlainan.
6)     Guru memberi penerangan ringkas tentang anak haiwan yang sama dan tidak sama pada awalnya dengan ibunya.
7)    Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan 2 selepas permainan anak dan ibu dimainkan
8)    Guru membantu untuk membetulkan miskonsepsi murid
9)    Murid membetulkan jawapan dalam lembaran 1 dan membuat lembaran kerja 2.


Teori Pembelajaran 
Konstruktivisme : Dalam fasa ini, teori pembelajaran Konstruktivisme digunakan. Konstruktivisme merupakan
satu pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang telah dipelajari dengan idea dan fakta yang sedang dipelajari.  Aktiviti padang ini, menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya dan meminta pelajar menghubung kait idea asal dengan idea yang baru dibina. Pentingnya aktiviti ini tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar malah ia memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain.


Lembaran kerja 1 dan 2





Menapli- kasi idea
(15min)




Terdapat dua kumpulan anak haiwan.


1) Guru membekalkan helaian kertas yang mempunyai gambar-gambar haiwan.
2) Murid mengunting gambar tersebut dan menampal di kad manila yang dibekalkan mengikut kumpulan haiwan iaitu anak haiwan yang merupai ibu dan anak haiwan yang tidak merupai ibu .





Refleksi
(5 min)



Guru bertanya soalan secara rawak(terutama murid yang lemah) untuk memastikan mereka telah berfaham tentang pengajaran dan pembelajaran yang dilaksana.


Pengajaran Langsung : Pengajaran langsung pendekatan pengajaran yang berorientasikan matlamat dan distrukturkan oleh guru. Pendekatan ini sesuai sekiranya setiap pelajar perlu menguasai maklumat dan kemahiran tertentu. Oleh itu, dalam fasa ini, pelajar-pelajar yang lemah ditanya soalan terlebih dahulu untuk memastikan mereka telah berfaham. Guru melaksana penyoalan penyiasatan
 (learning probes ini),
 iaitu menyoal pelajar untuk mendapat maklum balas tentang tahap kefahaman, dan membetulkan kesalah fahaman konsep
(misconceptions)
 jika ada

fhewwww~~ thx to leave a comment~

No comments:

Post a Comment