Sunday 25 March 2012

RPH Arif, Tika, Yanie dan Zunny

Tarikh                    :               24 Mac 2012
Masa                     :               8.00-9.00
Kelas                     :               2 Teratai
Bil Pelajar            :               25 orang
Subjek                  :               Sains
Tajuk                     :               Haiwan
Objektif pembelajaran :              
1.            Murid dapat memahami cara haiwan bergerak.
2.            murid dapat menyenaraikan sekurang- kurangnya 5 cara haiwan bergerak.
3.            murid boleh membuat simulasi sekurang- kurangnya 5 cara haiwan bergerak.
4.            murid dapat memahami dan menyatakan kepentingan bergerak kepada haiwan tersebut dan kepada ekosistem.
Hasil pembelajaran         :              
Murid boleh:
1.       Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak, terbang, berenang, menjalar, mengengsot, merayap, berlari dan melompat.
2.       Menjalankan simulasi cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung terbang, lembu berjalan, kura-kura merangkak, ular menjalar, siput babi mengengsot, semut merayap, kuda berlari dan katak melompat.
3.       Menyatakan kepentingan pergerakan kepada haiwan.
4.       Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Pengetahuan asas           : murid pernah melihat haiwan sebelum ini dan mengetahui bahawa haiwan          bergerak dengan pelbagai cara.
Kemahiran saintifik :      
1.       Murid dapat memerhati cara haiwan bergerak.
2.       murid dapat mengelaskan haiwan mengikut cara mereka bergerak.
3.       murid dapat meramalkan apa yang akan berlaku jika haiwan tidak bergerak.
Kemahiran berfikir          :
1.       murid dapat menganalisis cara haiwan bergerak.
2.       Murid dapat menjana idea bahawa haiwan bergerak dengan pelbagai cara.
3.       Murid dapat menghubungkaitkan cara haiwan bergerak mengikut kepentingan kepada haiwan tersebut.
Nilai- nilai murni dan nilai saintifik
1.       Murid berasa minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.
2.       Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara seperti simulasi haiwan beegerak.
3.       Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar.
4.       Menyedari bahawa Sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam.
5.       Murid mempunyai sikap berani mencuba dan yakin kepada diri.
6.       Menghargai keseimbangan alam semula jadi.
Bahan bantu belajar dan mengajar
1.       Komputer, dan projektor
2.       Gambar
3.       Microsoft power point
4.       Lembaran kerja

Fasa/ masa
Kandungan pembelajaran
Aktiviti pembelajaran dan pembelajaran/ kemahiran saintifik
Catatan
Orientasi
(10 minit)
Terdapat pelbagai jenis haiwan yang mempunyai cara bergerak  yang tersendiri.
Guru meminta seorang murid (murid A)datang ke hadapan kelas.
Murid tersebut diminta berdiri menghadap rakan- rakan sekelasnya sebelum diminta kembali ke tempatnya.
Guru kemudiannya meminta murid- murid menyatakan cara murid A bergerak ke hadapan kelas.
Kemudian, guru bertanya apakah contoh haiwan lain yang bergerak seprti murid A iaitu berjalan.
Guru seterusnya menjelaskan bahawa berjalan merupakan satu cara pergerakan haiwan.
Gur bertanya kepada murid- murid apakah contoh lain pergerakan haiwan selain berjalan.

Menurut teori Bruner, kegiatan belajar akan berjalan baik dan kreatif jika pelajar dapat menemukan sendiri suatu aturan atau kesimpulan tertentu.
Mengumpul idea
(10 minit)

Guru menunjukkan paparan video menunjukkan pelbagai haiwan yang bergerak dengan pelbagai cara dan meminta murid- murid menyenaraikan nama haiwan dan cara haiwan bergerak.
Contoh: ikan berenang, katak melompat.

Selepas itu, guru bertanya kepada murid- murid cotoh haiwan serta cara pergerakannya secara berperingkat.
Pelajar dapat mengingat kembali tayangan video dan mengelaskan haiwan mengikut cara mereka bergerak.
Murid- murid menjawab Lembaran Kerja A.
Teori Ausabel:
Penyusunan awal dengan menggunakan video sebagai permulaan yang menerangkan hubungan antara konsep penting dalam pelajaran.
Penstrukturan semula idea
(20 minit)

Guru membimbing para pelajar untuk bermain satu permainan iaitu “Meneka Haiwan”.

Guru akan memanggil murid (murid B) untuk melakonkan satu cara haiwan bergerak

Murid yang melihat lakonan tersebut akan diminta meneka cara pergerakan murid B dan menyenaraikan secara lisan haiwan yang bergerak dengan cara tersebut.

Teori pembelajaran Bruner: menekankan pembelajaran hasil daripada interaksi murid dengan murid dan interaksi antara guru dengan murid
Mengaplikasikan idea
(15 minit)
Bergerak adalah satu ciri haiwan.
Guru membincangkan dengan murid mengenai kepentingan haiwan bergerak.

Guru meminta murid menyatakan apa yang akan terjadi jika haiwan tidak boleh bergerak.

Guru juga boleh membimbing murid- murid dengan bertanyakan soalan seperti:
Bolehkah haiwan mendapatkan makanan jika tidak bergerak?

Murid- murid menjawab Lembaran kerja B.
Membimbing pelajar memikirkan masalah secara kritis dan kreatif (teori Flavell)
Refleksi
(5 minit)
Bergerak adalah satu kepentingan dan penting bagi benda hidup.
Guru berbincang kembali dengan murid- murid dengan mengedarkan nota ringkasan topik kepada murid- murid.

Murid- murid membuat lembaran kerja C.













1.     Namakan dua jenis haiwan yang boleh berenang.
a.     ________________________________
b.     ________________________________


2.     Namakan dua jenis haiwan yang boleh terbang
a.     ________________________________
b.     ________________________________

3.     Namakan dua haiwan yang boleh melompat.
a.     ________________________________
b.     ________________________________

4.     Namakan dua haiwan yang boleh merangkak.
a.     ________________________________
b.     ________________________________





RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh:                                                18 April 2012
Masa:                                                 10.30 pagi – 11.30 pagi
Kelas:                                                 Tahun 2 Pintar
Bilangan Pelajar:                             35 orang
Subjek:                                               Dunia Sains dan Teknologi
Tajuk:                                                Haiwan
Objektif Pembelajaran:                    Di akhir pembelajaran murid dapat:
1.    Menyatakan secara lisan cara haiwan membiak iaitu       melahirkan anak dan bertelur
2.    Mengelaskan haiwan berdasarkan cara pembiakan
Hasil Pembelajaran:                        Murid:
1.    Mengenalpasti cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak dan bertelur
2.    Mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan
Pengetahuan sedia ada:                Murid mempunyai pengetahuan tentang konsep haiwan
Kemahiran Saintifik:                       Memerhati – murid memerhati cara haiwan membiak
Mengelaskan – murid dapat mengelaskan haiwan berdasarkan cara pembiakan
Merama – murid dapat meramal cara pembiakan ikan paus
Kemahiran berfikir:                          Membanding beza – murid membanding beza cara haiwan membiak samada beranak atau bertelur
Menghasilkan idea – murid mendapat idea cara haiwan yang berlainan jenis membiak
Sikap saintifik dan nilai murni:      Menunjukkan minat dan sikap ingin tahu murid terhadap haiwan
                                                            Menunjukkan nilai kasih saying antara manusia dan haiwan
Sumber P&P:                                    Video klip, Lembaran kertas
Fasa
Kandungan
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
·         Kura-kura membiak dengan bertelur
·         Gajah membiak dengan melahirkan anak
·         Guru menayangkan video klip kura-kura sedang bertelur dan gajah sedang melahirkan anak
·         Guru bertanya kepada murid: Apakah yang dilakukan oleh haiwan tersebut?

KPS: Memerhati pembiakan haiwan dalam video
Sumber P&P: Video klip (TMK)

Teori Ausabel:
Penyusunan awal dengan menggunakan video sebagai permulaan yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep penting dalam keseluruhan pelajaran.
Pencetusan idea
(10 minit)
·         Lembaran kertas yang mempunyai pelbagai pergerakan haiwan dan murid dikehendaki untuk mengisi tempat kosong
·         Soalan yang dikemukakan bertujuan untuk mengenalpasti sama ada murid mempunyai perspektif yang salah tentang pembiakan haiwan
·         Murid diberikan satu lembaran kerja
·         Murid diberikan beberapa soalan
·         Contohnya:
·         Haiwan apa yang kamu lihat dalam video tadi?
·         Bagaimanakah kura-kura membiak?
·         Bagaimanakah gajah membiak?
·         Bandingkan cara kura-kura dan gajah membiak
KPS: Meramal – cara pembiakan haiwan dalam lembaran kertas
Memerhati – haiwan-haiwan yang terdapat didalam video
KB– membanding beza – murid diberikan soalan supaya membuat perbandingan antara pembiakan kura-kura dan gajah
Sumber P&P: Lembaran kertas, Video klip
Penstrukturan semula idea (30 minit)
·         Menunjukkan gambar-gambar pembiakan haiwan lain seperti ayam, ikan, burung, kucing dan tikus
·         Murid menyatakan cara pembiakan haiwan
·         Ayam – bertelur
·         Ikan – bertelur
·         Burung – bertelur
·         Kucing – beranak
·         Tikus – beranak
·         Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan
·         Setiap kumpulan dikehendaki untuk memikirkan haiwan-haiwan lain yang membiak secara bertelur dan beranak dan memainkan peranan bagaimana haiwan tersebut beranak atau bertelur
·         Cikgu membuat demonstrasi sekiranya murid-murid berbuat salah

KPS: Memerhati – proses pembiakan oleh haiwan melalui bertelur atau beranak
Mengelaskan – cara pembiakan haiwan
 KB: membanding beza – murid membandingkan pembiakan haiwan yang ditunjukkan oleh rakan mereka

Teori pembelajaran Bruner: menekankan pembelajaran hasil daripada interaksi murid dengan murid dan interaksi antara guru dengan murid.
Aplikasi Idea
(10 minit)
Mengetahui bahawa pelbagai haiwan membiak dengan cara pergerakan yang sama

Soalan yang rumit: Haiwan yang sudah pupus seperti platypus
Dalam kumpulan murid-murid dikehendaki berfikir:
·         Apa lagi haiwan yang membiak secara beranak?
·         Apa lagi haiwan yang membiak secara bertelur?

Setelah mereka mempunyai pengetahuan tentang pembiakan haiwan yang asas, guru memberikan soalan yang mencabar minda murid.

Bagaimanakah haiwan yang sudah pupus seperti platypus membiak?


KPS: Meramal-murid diberikan peluang untuk meramalkan pembiakan ikan serta katak
Teori Jean Piaget: Asimilasi – menambah maklumat baru tentang haiwan lain yang membiak secara beranak dan bertelur

Teori pembelajaran Gagne: sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah atau peringkat asas kepada yang rumit. Pelajar memahami pembiakan haiwan yang asas seperti ayam – bertelur, kucing - beranak. Selepas itu murid didedahkan dengan pembiakan ikan paus
KB: menghasilkan idea bahawa haiwan yang tinggal di kawasan yang sama sebagai contoh haiwan yang tinggal di dalam air tidak semestinya membiak dengan bertelur

Sikap Saintifik: murid mula mempunyai semangat ingin tahu dengan pembiakan yang sangat jarang berlaku

Refleksi
(5 minit)
Mempraktiskan balik apa yang dilakukan semasa di penstrukturan semula idea untuk mengukuhkan kefahaman murid tentang pembiakan haiwan

Guru membimbing murid untuk membuat refleksi tentang apa yang telah belajar dalam bentuk peta minda.
Teori pemprosesan maklumat :
Mempraktiskan sekali lagi simulasi untuk mengukuhkan ingatan supaya informasi ini dapat memasuki ingatan jangka panjang

Niali murni: sifat saling saying menyayangi anatara haiwan dan manusia












LEMBARAN KERJA B














Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh                          : 24 April 2012
Masa                            : 11.00 – 12.00 pagi
Kelas                           : 2 Bestari
Bilangan murid           : 32 orang
Subjek                          : Sains
Topik                            : Terang dan Gelap
Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
                                      Mengetahui cara penghasilan bayang- bayang.

Hasil Pembelajaran     : Murid :

1)    Mengenalpasti sumber cahaya seperti matahari, lampu, lampu suluh dan api.
2)    Membezakan keadaan terang dan gelap melalui penyiasatan
3)    Menerangkan bagaimana bayang-bayang dihasilkan melalui aktiviti
4)    Menaakul kepentingan cahaya kepada manusia
5)    Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atu lisan.

Pengetahuan sedia ada : Murid  mengetahui bahawa cahaya menyebabkan      keadaan terang dan apabila tiada cahaya keadaan menjadi gelap.

Kemahiran saintifik        : Memerhati keadaan yang terang dan gelap, mengelaskan sumber yang dapat mengeluarkan cahaya atau tidak, menjangka keadaan bilik apabila ditutup dan dibuka lampu, membuat inferens daripada ujikaji yang dilakukan, melaksanakan eksperimen dengan berkesan.

Kemahiran berfikir         : Buat persamaan dan perbezaan keadaan terang dan                 gelap

Sikap saintifik dan nilai murni : Mempunyai minat dan perasaan ingin tahu tentang konsep terang dan gelap, meneroka fenomena alam yang biasa dijumpai seperti cuaca dan bayang- bayang.

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) : Lampu suluh, lampu, api, kertas mahjong, bola, daun, pen.

Fasa / Masa
Kandungan
Aktiviti P&P / Kemahiran Saintifik
Catatan
Orientasi (10 min)
Sumber yang mengeluarkan cahaya menjadikan keadaan terang dan sebaliknya.

















Konsep penghasilan bayang- bayang ; cahaya tidak boleh melalui objek legap, maka terhasillah bayang- bayang di belakang objek tersebut
Murid diberikan beberapa jenis objek.

Murid diminta mengelaskan objek- objek tersebut kepada 2 kelas :

1)    Objek yang mengeluarkan cahaya
2)    Objek yang tidak mengeluarkan cahaya


Guru bertanyakan:

Ø  Adakah mereka pernah melihat bayang- bayang?
Ø  Bilakah bayang- bayang akan muncul?
Ø  Bolehkah kita memegang bayang- bayang?


Murid diterangkan berkaitan konsep asas bagaimana bayang- bayang terbentuk melalui demostrasi oleh guru.






Pelajar melihat bayang- bayang benda yang berlainan.

Inferens yang boleh didapati daripada eksperimen ini ialah bayang- bayang terhasil kerana objek legap menghalangi cahaya..
Objek yang mengeluarkan cahaya seperti lampu suluh, lampu, api (dengan pengawasan guru).

Menggunakan pembelajaran secara enkuiri, di mana guru sebagai
pembantu dan pembimbing dalam menentukan masalah, merancang aktiviti bagi murid melakukan eksperimen dan penyiasatan.


Menurut teori Bandura, guru perlu menggunakan kaedah demostrai dengan contoh- contoh yang seusai.

Murid diminta meneka jenis objek daripada bayang- bayang yang terhasil secara lisan.
Pencetusan idea (10 min)
Konsep penghasilan bayang- bayang
Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dan diminta berbincang dalam kumpulan memadankan bayang- bayang kepada nama- nama benda yang betul.
Membimbing pelajar memikirkan masalah secara kritis dan kreatif (teori Flavell)
Penstrukturan semula idea (20 min)
Secara amnya, bayang- bayang terbentuk apabila sesuatu objek legap menghalangi cahaya.
Contoh objek legap :
Bola, pen, daun.
Setiap kumpulan diberikan satu objek dan satu lampu suluh

Pelajar perlu membuat bayang- bayang objek tersebut menggunakan lampu suluh

Guru dan pelajar berbincang tentang data yang dikumpul dengan membuat konsep am penghasilan bayang- bayang.

Murid diarah untuk mendefinisikan penghasilan bayang- bayang secara operasi.
 



Nilai : Jujur dalam merekod data


Menurut teori Bruner, kegiatan belajar akan berjalan baik dan kreatif jika pelajar dapat menemukan sendiri suatu aturan atau kesimpulan tertentu.

Guru memberikan pelajar gula- gula sebagai ganjaran bagi pelajar yang dapat memahami konsep penghasilan bayang- bayang ini.(teori Bruner).
Aplikasi idea (15 min)
Objek legap seperti bola dan pen menghasilkan bayang- bayang apabila mengahalangi cahaya.
Dalam kumpulan, murid diminta mengenalpasti objek legap dan objek bukan legap di sekitar sekolah.
Pelajar berbincang dalam kumpulan
Refleksi (5 min)
Objek legap akan menghasilkan bayang- bayang apabila mengahalangi cahaya
Guru membantu pelajar membuat refleksi tentang pembelajaran sebentar tadi menggunakan peta konsep
Dilakukan secara konseptual.










RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh                         :           29 Mac 2012
Masa                          :           8.45 pagi – 9.45 pagi
Kelas                          :           Tahun 2 Sigma
Bilangan Murid        :           40 orang
Subjek                        :           Sains
Topik                          :           Haiwan
Objektif Pembelajaran:        Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat memahami haiwan dan jenis makanan yang dimakan oleh haiwan.
Hasil Pembelajaran    :        Pelajar dapat:
1.    Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan.
2.    Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan.
Pengetahuan Pra-syarat:   Pelajar telah mengetahui bahawa makanan merupakan salah                                             satu keperluan asas kepada haiwan.
Kemahiran Proses Sains:  Memerhati, meramalkan, membuat inferens, mengeksperimen
Kemahiran Berfikir      :       Mencirikan, membuat inferens, membuat gambaran mental,
                                                menghubungkaitkan, meramalkan.
Sikap Saintifik dan      :       Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.
Nilai Murni                           
Sumber Pengajaran       :    Video, kertas lukisan bersaiz A4, gambar-gambar haiwan
dan Pembelajaran                





FASA/MASA

KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN/KEMAHIRAN SAINTIFIK

CATATAN

Orientation
(10 min)

Haiwan memerlukan makanan untuk hidup

Guru menayangkan video gabungan yang lucu ; gabungan video itu mestilah mengandungi video-video mangsa dan pemangsa seperti kartun Tom and Jerry ,video lembu yang tersedak ketika meragut rumput, video monyet yang sedang mencari kutu.


Guru bertanya:
1.    Apakah haiwan di dalam video dan apa yang sedang dilakukan?

Pelajar yang menjawab dengan betul diberikan pujian dan mereka akan mencuba lagi untuk mendapat pujian daripada guru.

Memerhatikan
.


Hierarki 1:
Pembelajaran Isyarat







Hierarki 2 :
Pembelajaran Gerak
Balas







Kemahiran Proses Sains



Eliciting Ideas
(10 min)

3 pengkelasan makanan bagi haiwan

Pelajar diberikan satu keping kertas dan disuruh melukis satu gambar haiwan yang boleh dilihat di zoo.

Guru menampal 2 contoh gambar bagi  haiwan yang memakan haiwan lain, 2 contoh gambar haiwan yang memakan tumbuhan, dan 2 contoh haiwan yang memakan kedua-duanya di dalam ruangan yang disediakan pada papan tulis. (Guru belum memperkenalkan/ menyebut haiwan yang memakan haiwan sahaja/tumbuhan sahaja/haiwan dan tumbuhan)

Pelajar diminta menampalkan hasil lakaran ke dalam ruangan yang disediakan itu. Guru membimbing pelajar sambil bertanya:
·         Kenapa saya kumpulkan gambar-gambar ini?
·         Apakah yang sama dalam gambar ini?
·         Apakah yang berbeza pada gambar ini?

Pelajar menerangkan kenapa lakaran mereka ditempatkan di dalam ruangan tersebut.


Membuat inferens


Pembetulan/ pengelasan semula akan dibuat selepas perbincangan. (Guru membimbing murid mengenalpasti kriteria yang digunakan untuk pengelasan)

Hierarki 3 :
Rantaian

























Hierarki 4 :
Penggunaan Bahasa


Kemahiran Proses Sains


Restructuring of Ideas
(20 min)

Ciri-ciri haiwan omnivor, karnivor, dan herbivor.

Haiwan dan makanan yang dimakan mengikut habitat sebenar.

Pelajar mula tahu membeza dan mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan mereka.

Guru menerangkan konsep dan ciri-ciri haiwan yang memakan:
1.    Haiwan sahaja.
2.    Tumbuhan sahaja.
3.    Haiwan dan tumbuhan.

Contohnya : struktur gigi

Guru juga perlu menerangkan persoalan yang bermain di minda pelajar. Contohnya, kenapa kucing digelar haiwan karnivor iaitu memakan haiwan sahaja sedangkan kucing peliharaan di rumah mereka ada yang makan nasi(tumbuhan)?

Guru perlu menerangkan bahawa pengkelasan makanan terhadap haiwan hanya boleh dibuat dan “valid” sekiranya haiwan tersebut benar-benar hidup di tempat asal habitatnya.

Hierarki 5:
Pembelajaran Perbezaan

Hierarki 6 :
Pembelajaran Konsep





Hierarki 7 :
Pembelajaran Hukum




































Application of ideas
(15 min)

Adaptasi pelajar kepada haiwan di sekeliling mereka.


Guru mengajak pelajar membuat lawatan sekeliling sekolah dan meminta respons pelajar mengenai haiwan dan jenis makanan yang dimakan serta kelas makanan haiwan itu.

Pelajar diberikan lembaran kerja untuk diuji kefahaman mengikut tahap kesukaran


Memerhati dan Meramalkan
Hierarki 8:
Penyelesaian Masalah




Lembaran kerja A




Kemahiran Proses Sains




Reflection
(5 min)


Guru bertanya:
1.    Adakah anda sudah tahu maksud omnivore, karnivore dan herbivore?


Guru membimbing apa yang pelajar telah mempelajari dengan menggunakan peta minda.








Lembaran Kerja B



fhewwww~~ thx to leave a comment~

1 comment: