Sunday 25 March 2012

RPH Fadhli, Irene, Nadzirah



KKBI PEDAGOGI
RACANGAN PENGAJARAN HARIAN
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
TAHUN 2

KUMPULAN 1PISMP SAINS 1 DAN 2

AHLI KUMPULAN
MUHAMMAD ZULFADHLI BIN KAMARUDIN
IRENE TIONG YEE TING
NADZIRAH BINTI RAZAK
TING JI ER



Rancangan Pengajaran Harian


Tarikh:                                                22 Mac 2012
Masa:                                                 10.30 – 11.30 pagi
Kelas:                                                 2 Bestari
Bilangan pelajar:                              39 orang
Subjek:                                               Sains
Tema:                                                 Sains Hayat
Bidang:                                              Haiwan

Standard Kandungan:                    2.4 Memahami pergerakan haiwan

Standard Pembelajaran:                2.4.1 Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak, terbang, berenang, menjalar, mengengsot, merayap, berlari dan melompat.

Ilmu prasyarat:                                 Murid telah melihat pelbagai jenis haiwan dan tahu        haiwan boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kemahiran saintifik:                       Memerhatikan, mengelaskan, membuat inferens, meramalkan, berkomunikasi, membuat hipotesis

Kemahiran berfikir:                         Mencirikan, membanding dan membezakan, mengumpul dan mengelaskan, membuat kesimpulan, menghubungkaitkan, membuat gambaran mental

Sikap saintifik dan nilai murni:     Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling, jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data

Bahan bantu mengajar:                 Video pendek pergerakan haiwan, flash cards nama pergerakan haiwan, empat buah kotak kasut yang diletakkan gambar pelbagai jenis haiwan lain dan empat biji bola kecil.


Fasa/Masa
Kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran/ Kemahiran saintifik
Catatan
Pengenalan
(10 minit)
Terdapat pelbagai haiwan di dunia dan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan cara yang berbeza











Penayangan video tentang pelbagai pergerakan haiwan yang meliputi kuda, harimau, ular, gajah dan semut

Bertanya kepada pelajar apakah haiwan yang dapat dilihat dalam di dalam video

Kemungkinan terdapat beberapa orang pelajar yang tidak mendapat idea dari penayangan video, jadi video diulang tayang sekali lagi.

Pemerhatian
Guru bertanya: Apakah yang sedang dilakukan oleh haiwan-haiwan di dalam video?

Membuat inferens
Pelajar membuat inferens tentang cara haiwan bergerak
Video diperoleh daripada Rancangan National Geographic Wild - Great Migrations yang telah diedit diambil bahagian pergerakan haiwan.
Pengembangan
Idea
(10 minit)
Cara haiwan bergerak meliputi berjalan, merangkak, terbang, berenang, menjalar, mengengsot, merayap, berlari dan melompat
Guru memberi kata kunci dan makna bagi setiap pergerakan haiwan. Guru juga boleh menunjukkan cara pergerakan haiwan melalui simulasi.

Pelajar dibahagikan kepada tiga orang dalam kumpulan dan setiap  kumpulan diberi tugasan A dan diberikan gambar haiwan bagi setiap haiwan yang dinyatakan dalam tugasan A

Meramalkan dan komunikasi
Murid melihat dan berbincang gambar sambil meramal dan memadankan haiwan dan cara pergerakannya seperti mana yang diterangkan guru di awal kelas.
Kata kunci pergerakan ditulis di atas flash cards dan ditampal di tepi papan putih

Tugasan A

Gambar haiwan diperoleh dari video yang ditayangkan
Penstrukturan semula idea
(20 minit)
Terdapat pelbagai haiwan yang bergerak dengan cara yang sama dan terdapat haiwan yang mempunyai lebih dari satu jenis pergerakan

Contoh: kucing boleh berjalan dan berlari
Permainan bola beracun
Murid dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut kumpulan meja yang telah disusun.

Murid diberikan set-set gambar haiwan lain yang tidak terdapat di dalam video di dalam kotak kasut

Guru menayangkan jadual ke papan putih dengan jenis pergerakan haiwan iaitu berjalan, merangkak, terbang, berenang, melompat dan berlari menggunakan pemancar.

Permainan dimulakan dengan setiap kumpulan diberi sebiji bola dan bola dibahagikan antara ahli kumpulan masing-masing sehingga muzik dihentikan.

Mengelaskan
Pelajar yang memegang bola dikehendaki mengambil gambar di dalam kotak dan menampalkan di atas papan putih mengikut cara pergerakan haiwan.

Membuat hipotesis
Pelajar mempunyai gambaran awal jenis-jenis haiwan yang bergerak dengan cara yang sama
Lagu yang dimainkan adalah lagu haiwan untuk kanak-kanak seperti lagu saya ada kuda dan bangau oh bangau

Murid dikawal dengan baik supaya permainan dapat dilakukan dengan lancar
Aplikasi idea
(15 minit)
Cara haiwan bergerak di sekeliling kita
Murid dibawa ke taman sains bersebelahan kelas dan merekodkan haiwan yang dapat dilihat sambil mengenalpasti cara haiwan bergerak.

Pelajar mengisi jawapan di dalam tugasan B
Haiwan di taman sains – ikan, arnab, burung, semut ayam, itik, rama-rama, ulat gonggok, kura-kura dan lain-lain

Tugasan B


Refleksi
(5 minit)
Pengurusan grafik pergerakan haiwan
Membuat kesimpulan
Guru memberi pelajar peta minda pergerakan haiwan dan contoh yang dapat dilihat. Pelajar mengisi tempat kosong pada peta minda.

Meminta pandangan beberapa orang pelajar tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini.
Tugasan C






Tugasan B
Isikan nama haiwan yang dapat anda lihat di taman sains dengan cara pergerakan yang dinyatakan
Cara pergerakan haiwan
Nama haiwan yang dilihat
Berenang
-

-

Berjalan
-

-

Terbang
-

-

Merayap
-

-

Melompat
-

-

Merangkak
-

-
















                                              




Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh                                                  :11 April 2012
Masa                                                   :9.50 – 10.50am
Kelas                                                   :Tahun 2B
Bilangan Pelajar                                  :35 orang
Subjek                                                 :Sains
Topik                                                   :Haiwan
Objektif Pembelajaran                         :Murid dapat mengenalpasti tumbesaran haiwan dari tahap lahir hingga ke tahap dewasa.
Hasil Pembelajaran                             : Pelajar:
1.    Mengenalpasti cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak dan bertelur.
2.    Mengenalpasti perubahan yang berlaku pada haiwan sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi perubahan rupa dan pertambahan saiz.
3.    Mengenalpasti anak haiwan yang mneyerupai ibunya dan yang tidak menyerupai ibunya.
4.    Mengenalpasti perubahan atau proses tumbesaran haiwan.
Pengetahuan Pra-syarat                      : Pelajar pernah nampak rupa haiwan yang ada pada persekitaran mereka dan mengetahui bahawa haiwan boleh membiak.
Kemahiran Saintifik                              :Mengklasifikasikan jenis haiwan yang menggunakan cara berbeza untuk membiak dan memerhati perubahan tumbesaran haiwan.
Kemahiran Berfikir                               :Membuat perbandingan tentang perubahan tumbesaran untuk setiap jenis haiwan,  menjana idea tentang proses tumbesaran bagi haiwan dan berfikiran logik terhadap rupa haiwan pada setiap proses tumbesaran.
Sikap Sains Dan Nilai-Nilai Murni    :Mempunyai minat dan perasaan ingin tahu terhadap aktiviti pembelajaran.
                                                               Bersikap jujur dan tepat terhadap pengetahuan yang didapati dalam pembelajaran.
                                                               Bekerjasama dalam kerja kumpulan.
Sumber PnP                                         :Gambar haiwan yang disertai dengan proses tumbesaran yang berbeza, bahan TMK seperti video dan powerpoint, lagu tentang tumbesaran haiwan seperti rama-rama, pensel warna dan kad warna.
Fasa/Masa
Kandungan
Aktiviti PnP/ Kemahiran Saintifik
Nota
Orientasi
(10 minit)
Semua benda hidup perlu membiak untuk menghasilkan generasi yang baru bagi mengelakkan kepupusan spesies.


2 cara pembiakan haiwan iaitu bertelur dan beranak





Haiwan dibahagikan kepada 4 jenis iaitu burung, mamalia, amfibia dan reptilian serta invertebrata. Hanya mamalia yang akan beranak.

Cikgu akan menjelaskan apa itu pembiakan dan tujuan membiak.



Pemerhatian

Tayangkan video dengan menggunakan computer bagi menunjukkan haiwan yang mempunyai cara pembiakan yang berbeza.


Terangkan jenis-jenis haiwan yang ada dan tunjukkan gambar-gambar haiwan dengan menggunakan powerpoint.

Rupa haiwan semasa kecil dan dewasa juga ditunjukkan dengan menggunakan powerpoint supaya pelajar boleh membuat perbandingan antaranya.









Teori pembelajaran Piaget
- hanya menunjukkan haiwan yang biasa ditengok atau popular untuk tahap kanak-kanak berumur 8
- kanak-kanak pada peringkat ini suka memerhati dan mempunyai perasaan ingin tahu

Teori pembelajaran Gagne
-pelbagai media semasa telah digunakan supaya meningkatkan kefahaman pelajar melalui tunjukkan gambar

Teori Pemprosesan Maklumat
-media yang digunakan boleh meningkatkan ingatan kerana meliputi kegunaan mata iaitu ‘mind’s eye’.
Mengumpul Idea
( 10 minit)
Cara pembiakan haiwan terdapat dua jenis dan juga dibezakan mengikut jenis haiwan.


.
Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan lembaran kerja A telah dibagikan.

Klasifikasikan

Pelajar dikehendaki melengkapkan lembaran kerja A melalui perbincangan dalam kumpulan. Jenis haiwan dan cara pembiakan akan dibincangkan dan dibezakan lalu menjawab soalan dalam lembaran kerja A.

Dalam lembaran kerja A, pelajar dikehendaki membuat perbezaan tentang contoh haiwan yang dibagi dan menentukan cara pembiakan haiwan masing-masing.








Teori pembelajaran Bruner
-membuka peluang kepada pelajar untuk generalisasi pemerhatian mereka

Pendekatan Konstruktivism
-pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain serta bekerja dalam satu kumpulan
Penstrukturan Semula Idea
(25 minit)
Perubahan haiwan berlaku sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi perubahan rupa dan pertambahan saiz.







Memerhatikan perubahan tumbesaran haiwan seperti rama-rama dan katak dari segi rupa melalui gambar.








Anak haiwan yang menyerupai ibunya dan yang tidak menyerupai ibunya.


Menyiarkan lagu yang menceritakan tentang proses tumbesaran rama-rama.









Setiap kumpulan dibagikan satu set gambar serpihan haiwan.

Ramalan

Pelajar dikehendaki bekerjasama menyusun semula gambar tersebut. Jenis-jenis haiwan akan dibincangkan selepas selesai menyusun.

‘Card Game’ dijalankan. Setiap pelajar akan mendapat kad warna yang mengandungi gambar haiwan padanya.

Gambar-gambar yang dicetak adalah rupa haiwan pada setiap langkah pertumbuhannya maka gambar serpihan haiwan yang disusun tadi sebagai stesen-stesen berkumpul.

Pelajar perlu mencari gambar haiwan yang sepadan dengan gambar yang ada pada kad warna yang dipegang olehnya.

Mentakrifkan Operasi

Pelajar dikehendaki menjawabkan soalan pada lembaran kerja B.
Teori pembelajaran Behaviorisme
-pemikiran pelajar terhadap proses tumbesaran haiwan boleh dibentukkan melalui isi yang ada pada lagu.















Teori pembelajaran Gagne (pembelajaran konsep)
-banyak contoh-contoh haiwan yang jelas telah diberi supaya pelajar dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.







Teori pembelajaran Gagne (pembelajaran masteri)
-kefahaman pelajar terhadap pembelajaran diuji semula dengan menggunakan lembaran kerja B.


Implikasi Idea
(10 minit)
Setiap jenis haiwan mempunyai cara pembiakan yang berbeza.
Pelajar disuruh menwarnakan gambar-gambar haiwan yang dibekalkan oleh cikgu pada sekeping kertas.

Haiwan yang bertelur akan diwarnakan dengan warna merah manakala haiwan yang beranak akan diwarnakan dengan warna biru.
Pedekatan Konstruktivism
-aktiviti berasaskan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’
Refleksi
(5 minit)
Proses tumbesaran haiwan meliputi perubahan rupa dan pertambahan saiz.
Guru membimbing pelajar untuk mengulangkaji apa yang telah mereka pelajari dengan menggunakan peta konsep yang terdapat dalam lembaran kerja C.
Teori pembelajaran Ausubel
-peta konsep digunakan untuk meningkatkan ingatan pelajar terhadap pembelajaran tersebut.

Refleksi Kendiri:









Lembaran Kerja A
Isikan jadual di bawah dengan jawapan yang betul dan sesuai.
Jenis Haiwan
Contoh
Cara Pembiakan
(beranak/bertelur)
Burung


Mamalia


Invertebrata


Amfibia Dan Reptilia



Burung
Harimau
Ular
Rama-rama
Katak
Helang
Penyu
Kucing


RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN TAHUN 2
TARIKH: 23 April 2012
Waktu : 7.45-8.45 pagi
Kelas : 2 Amanah
Bilangan pelajar : 30 orang
Subjek : Sains
Tajuk : Haiwan
Objektif pembelajaran :
 1. Menyatakan sekurang-kurangnya 5 cara pergerakan haiwan.                               
2. Mendemonstrasi sekurang-kurangnya 5 cara pergerakan haiwan.
Hasil pembelajaran :
1. Murid boleh menggambarkan cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung terbang, lembu berjalan, kura-kura bergerak, ular  menjalar, siput babi mengesot, semut merayap, kuda berlari dan katak melompat melalui aktiviti simulasi.
Pengetahuan asas :
Murid sebelum ini telah di jelaskan beberapa jenis haiwan dan cara  pergerakan haiwan tersebut bergerak dan pernah melihat haiwan di  sekelilingnya bergerak.

Kemahiran Saintifik :
1.    Memerhati :
a. Murid memerhati paparan video yang mengandungi pergerakan haiwan-haiwan
b. guru melihat aksi yang di lakonkan oleh murid-murid dan melihat tahap pemahaman mereka akan topic pergerakan haiwan ini.

2.    Mengklasifikasikan :
a.    Murid mengelaskan pergerakan haiwan mengikut kumpulan yang sama berdasarkan lembaran kerja yang di berikan.
3.    Membuat kesimpulan :
a.    Guru membimbing pelajar membuat peta minda semasa sesi refleksi.
4.    Bereksperimen :
a.    Guru mencipta suatu permainan iaitu ‘Mini Zoo’ yang mana setiap kumpulan mendemostrasikan pergerakan jenis haiwan yang telah di tetapkan.
5.    Meramal :
a.    Murid membuat ramalan secara umum terhadap cara haiwan bergerak semasa tayangan video semasa sesi Orentasi.

Kemahiran berfikir:
1.    Membanding dan membezakan
2.    Menaakul
3.    Menjana idea baru

Nilai-nilai murni dan nilai saintifik :
1.    Mendedahkan secara lebih luas akan cara pergerakan haiwan dengan lebih meluas.
2.    Menimbulkan rasa ingin tahu murid terhadap kejadian alam.
3.    Murid jujur dan kreatif semasa mengambarkan pergerakan haiwan seperti yang di perhatikan sebelum ini.

Bahan bantu belajar dan mengajar : Komputer, gambar, Skrin putih, LCD, Projekter, Lembaran kerja, Microsoft Power Point, kertas Mahjong  dan radio.




Fasa/ Masa
Kandungan Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran/ Kemahiran Saintifik
Catatan


Orentasi
(10 minit)


Setiap haiwan mempunyai cara pergerakannya yang tersendiri seperti berjalan, terbang, mengesot dan melompat.








Katak bergerak secara melompat .


Guru memaparkan lirik lagu ‘haiwan bergerak’ di papan putih dengan menggunakan kertas mahjong.

Guru memainkan muzik sambil pelajar melihat gambar dan menyanyi.

Guru dan murid menyanyi bersama-sama dan mengaksikannya bersama-sama.


Guru melihat aksi yang di lakonkan oleh setiap pelajar oleh setiap pelajar semasa menyanyi bersama-sama.
Selepas itu,
Guru bertanya : bagaimana katak bergerak?
Pelajar mengingat kembali nyanyian dan mendemonstrasi katak melompat.


Teori bruner
-Enactive
(melalui tingkah laku)
-Pembelajaran induktif



Musical-rythemic intelligent
(Gardner)







Advanced organizer- Ausabel


Pengumpulan  idea
(10 minit)




Gambaran bagaimana haiwan bergerak.





Penyuai padan gambar dan pergerakan.




Haiwan dalam video adalah katak, ayam, itik, burung dan ikan.



Guru menayangkan video bagaimana haiwan bergerak yang sebenar selama 3 minit.





Murid diberikan lembaran kerja A dan murid mengenalpasti cara haiwan bergerak yang terdapat dalam video tersebut.


Video di tayangkan buat kali kedua untuk pelajar memastikan jawapan yang dipilih dalam lembaran kerja A tadi.



Pembelajaran induktif (Bruner)






Discovery learning- Bruner


Penstrukturan Semula Idea
(20 minit)



Konsep main-peranan dalam kalangan pelajar akan bagaimana haiwan bergerak.



Antara     Pergerakan haiwan   yang    di lakonkan:
1.    Ikan
2.    Kucing
3.    Katak
4.    Kanggaro
5.    Ayam








Satu permainan di jalankan yang di kenali sebagai “Mini Zoo”.

Setiap kumpulan adalah seramai 6 orang setiap kumpulan

Setiap kumpulan di berikan 2 jenis haiwan dan diminta untuk mendemostrasikan pergerakan tersebut.

Semasa kumpulan yang mendemostrasikan pergerakan, guru meminta seorang untuk meneka haiwan yang bergerak seperti yang di lakonkan.

Ganjaran di berikan kepada murid yang menjawab dengan betul.
Ganjaran: buku catatan dan pensil

Murid menjawab soalan pada lembaran kerja B.


Teori piaget
-pengetahuan sosial





Bodily-kinestatic intelligent (Gardner)



Interpersonal-intelligent (Gardner)



Teori skinner



Mengaplikasi idea
(15  minit)


Haiwan boleh dikelaskan kepada kumpulan yang mempunyai pergerakan yang sama.

Contoh pergerakan haiwan berjalan yang sama iaitu lembu dan kambing.




Murid di berikan lembaran kerja C dan gambar haiwan dalam lembaran kerja D dalam kumpulan 6 orang tadi.



Setiap kumpulan di kehendaki berbincang dan menampal gambar haiwan mengikut cara pergerakan yang sama.

Setiap kumpulan yang dapat menyiapkan lembaran kerja tadi akan di berikan ganjaran.
Ganjaran: sandwich cube










Penyelesaian masalah
( Gagne)


Teori skinner.


Refleksi
( 5 minit)


Semua haiwan bergerak mengikut caranya yang tersendiri. 




Guru membimbing pelajar untuk mengingat kembali tentang apa yang telah di pelajari dengan membina peta rajah bergambar bersama-sama dengan menulisnya di papan hitam. 


Pembelajaran induktif peringkat 4 iaitu pringkat akhir ‘general’ idea.
Spesifikà general

Refleksi-kendiri :   ___________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________






LIRIK LAGU ‘HAIWAN BERAKSI’



Katak melompat,
Di tepi perigi

Ikan berenang,
Di dalam kolam

Ayam dan itik,
Berlari-lari

Burung gembira,
Terbang di awan.

LEMBARAN KERJA B
Menamakan jenis haiwan dan cara pergerakannya.
Pilih dan tuliskan jawapan yang betul.
katak
kura-kura
penyu
kanggaroo
burung
buaya
ikan
lalat

1. Namakan dua jenis haiwan yang boleh berenang.
a)............................
b)...........................
2. Namakan dua jenis haiwan yang boleh terbang.
a).........................
b).........................
3. Namakan dua jenis haiwan yang boleh melompat.
a).........................
b)........................
4. Namakan dua jenis haiwan yang boleh merangkak.
a).........................
b)........................

LEMBARAN KERJA C
Tampal gambar haiwan mengikut pergerakan dalam ruang di sebelah kanan.
CARA HAIWAN BERGERAK
HAIWAN


Berjalan



Merangkak



Mengesot



Berenang



Melompat

fhewwww~~ thx to leave a comment~

No comments:

Post a Comment